PAS TOLAK ISLAM, Maulidur Rasul dipolitikkan demi DAP


"Berarak Maulud tapi rasuah dan tolak sunnah Nabi

Satu perkara pelik mutakhir ini bila UMNO begitu ghairah pertahan dan perjuangkan perarakan Maulud Nabi di P.Pinang, sehingga media arus perdana pun memberi liputan yang meluas kononnya kerajaan PR P.Pinang membatalkan perarakan dan ini digambar seolah olah kerajaan P.Pinang anti Islam.

Ini lah dia sikap UMNO yang bermatlamat menghalalkan cara. Matlamat UMNO nak kucar kacirkan kerajaan PR dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah. Yang penting bagi umno untuk dapat kembali kuasa. Ini lah perangai orang gila talak.

Bagi saya berarak maulud tak salah tak belarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat keatas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh.
Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi. Ini lah dia Umno berarak berselawat kemudian rasuah. selawat lagi sapu duit rakyat.berarak berselawat kemudian salah guna kuasa.

Berarak berselawat SPRM jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri.Itu baru s/usaha politik belum lagi menterinya.Ini lah nilai perarakan Maulud dan selawat keatas nabi bagi UMNO. Guna agama untuk kepentingan politik.mungkin kerana tahun harimau UMNO mengganas sehingga hari keputraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka.
"

Mahfuz Omar

Dan menurut Ulama PAS TGNA pula :

"Bulan Maulud tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.
Corak pentadbiran yang diamalkan kerajaan negeri (Kelantan) telah menerapkan nilai Maulud yang sebenarnya."

Semua ini dibuat bagi menyeru seruan DAP di Pulau Pinang. Demi DAP, PAS menolak Islam dengan pelbagai tafsiran sehingga membelakangkan Maulidur Rasul. Jika ini terjadi, maka jangan menyesal jika anak-anak kita nanti lupa akan MauliduL Rasul dan tidak menghayati kisah Rasul lagi. Apa yang jelas di mata aku adalah PAS TOLAK ISLAM demi persahabatan dengan DAP!

Post a Comment