"Tidak ada.. tidak ada langsung."
Itulah ungkapan yang dikeluarkan kebanyakan ibu tunggal di negeri Selangor apabila ditanya sama ada kerajaan negeri menyalurkan bantuan kebajikan kepada golongan itu seperti yang pernah dijanjikan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.
Rata-rata mereka menyifatkan janji kerajaan negeri yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka itu hanyalah 'janji kosong' semata-mata.
Menurut Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor (Anggerik Murni), Nortini Kasman, kerajaan negeri Selangor dilihat banyak mengabaikan soal kebajikan ibu tunggal dalam program pembangunan yang dilaksanakan ketika ini.
Malah, katanya, janji dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang untuk memberikan elaun khas kepada ibu tunggal juga hanyalah satu harapan kosong.
"Kami (golongan ibu tunggal) ini bukannya suka nak meminta-minta. Akan tetapi kalau kerajaan negeri telah berjanji untuk beri bantuan, sepatutnya mereka tunaikan.
"Akan tetapi sehingga hari ini tiada sebarang bantuan atau elaun diberikan oleh kerajaan negeri untuk membantu mengurangkan bebanan kami.
"Malah, kerajaan negeri juga sejak mula mentadbir Selangor tidak pernah menjenguk golongan ibu tunggal di Selangor ini apatah lagi tawarkan bantuan atau kerjasama kepada kami," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status pemberian elaun khas kepada ibu tunggal yang dijanjikan oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang melalui manifesto pilihan raya umum lalu.
Tambah Nortini, ketika ini golongan ibu tunggal yang berdaftar di bawah Anggerik Murni banyak bergantung antara satu sama lain bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti sampingan bagi meningkatkan taraf ekonomi serta menyara keluarga masing-masing.
"Kebanyakan golongan ibu tunggal ini mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan. Cuma apa yang kita lakukan kita kumpul dana sendiri hasil daripada kutipan yuran persatuan untuk adakan program dan aktiviti tingkatkan pendapatan kami.
"Kalau ada program bantuan dan sokongan pun, kita hanya terima daripada pihak kementerian dan agensi Kerajaan Pusat, bukannya daripada kerajaan negeri," jelasnya.
Pandangan yang sama turut diberikan oleh Mohani Haron, 62, yang juga seorang ibu tunggal di Kapar, Klang yang menyatakan rasa kesal dengan kerajaan negeri yang 'bercakap kosong' dalam soal menjaga kebajikan ibu tunggal.
Katanya, sebagai sebuah kerajaan negeri, adalah tanggungjawab PKR, DAP dan Pas untuk membantu rakyat seperti mana yang telah dijanjikan sebelum ini.
"Kerajaan negeri buat janji, laksanakanlah, tak kan nak tunggu rakyat mohon, desak baru nak buat. Kalau tak mampu, jangan buat janji," katanya yang kini menjalankan aktiviti jahitan bagi menyara keluarganya.
Dalam pada itu, seorang lagi ibu tunggal, Zatina Zainuddin, 49, berkata, beliau sebenarnya tidak terlalu berharap mengenai pembayaran elaun kepada golongan senasib dengannya kerana mengetahui perkara tersebut tidak mungkin berlaku.
Ini kerana, katanya, sekiranya kerajaan negeri bersungguh-sungguh mahu menyalurkan elaun berkenaan, sudah tentu usaha tersebut dilakukan sebaik sahaja pakatan pembangkang mentadbir Selangor.
"Sekarang dah masuk dua tahun, tidak ada apa-apa pun kita dengar mengenai bayaran elaun kepada ibu tunggal. Jangan kata kerajaan negeri nak jumpa golongan seperti kita ini, bertanya khabar pun tak ada langsung," ujarnya.

ghostwriter : Kesian ibu tunggal... Sudah la hidup berdikari seorang diri dalam membesarkan anak-anak sehingga ke tahap yang tinggi, dapat kerajaan pula yang hanya pandai menaburi janji....
Post a Comment