37 borang : 4 umum bertanding : 2 telah membayar deposit untuk bertanding Parlimen Hulu Selangor


Setakat jam 5.00 petang tadi, SPR telah menyeluarkan 37 borang permohonan calon, 4 calon umum akan bertanding (termasuk BN dan Pakatan Rakyat) dan 2 telah membayar deposit (Barisan Nasional dan satu Bebas). Pakatan Rakyat belum membayar deposit lagi kerana dipercayai sedang sibuk berkempen walaupun tempoh berkempen hanya akan bermula besok 17 April 2010.

Untuk makluman semua juga, SPR memaklumkan bahawa hanya 100 penyokong yang dibenarkan memasuki kawasan penamaan calon. Selebihnya akan berkumpul di luar macam biasala. Mulai besok juga, semua bendera parti yang tidak bertanding adalah tidak dibenarkan untuk dipasang sekitar kawasan pilihanraya.

Bermula besok pagi hingga jam 12.00 tengah malam 24 April 2010 maka bermulalah tempoh berkempen yang mengikut undang-undang yang biasa diguna pakai dalam setiap kali pilihanraya. Bukan seperti Pakatan Rakyat yang telah mula berkempen bermula 13 April 2010 yang lalu. Apapun, ghostwriter meramalkan ramai calon bebas akan tampil di Pusat Penamaan Calon besok.

Post a Comment