Apa Muslihat Zaid Katak Mabuk dipilih oleh Anwar?


Malam ni ghostwriter nak bawakan persoalan yang kita perlu renung dan bertanya di benak kita. Kenapa Zaid Katak Mabuk dipilih Anwar dan PKR untuk wakili Pakatan Rakyat? Tentunya ada sebab yang membawakan kepada pemilihan ini.

Sebenarnya, PKR dah tiada duit lagi, jesteru Anwar menggunakan Zaid Katak Mabuk untuk mendapatkan dana kewangan kerana PKR sekarang sedang menghadapi masalah kewangan. Buktinya, setiap ceramah politik Pakatan Rakyat di sekitar Hulu Selangor, pasti akan ada uncang koleksi duit yang dipungut dari rakyat. Kononnya untuk membawa suara rakyat, namun hakikitnya adalah menipu dan merompak duit rakyat.

Anwar tidak percaya dengan kewibaaan pemimpin PR Hulu Selangor sehingga terpaksa mencalonkan Zaid Katak Mabuk daripada Kota Bahru, Kelantan. Yang jelas adalah Anwar cuba untuk memperbodohkan Rakyat di Hulu Selangor dengan meletakkan calon yang berasal dari Kelantan, kononnya kalu Pakatan Rakyat, letak sapa pun boleh menang. Dan kenapa tidak dicalonkan Dr Halili, Bendahari PKR cabang Hulu Selangor ? Naib Ketua, Razali Mokhtar, Kenapa tidak Shamsul Iskandar, Ketua AMK? Apa kurangnya mereka?

Strategi Azmin Ali menasihati Anwar agar meletakkan Zaid Katak Mabuk sebagai calon PRK Hulu Selangor dan sekaligus akan menamatkan kareer politik Zaid. Ini juga berikutan strategi Azmin yang telah melihat bahawa sebelum ini pengundi di Kota Bharu yang majoritinya lebih 90% orang Melayu telah menolak Zaid sebagai wakil rakyat.

Post a Comment