JUSTICE 4 AMINULRASYID : Isu TERKINI untuk menyerang kerajaan BN



GHOSTWRITER
Terkini isu hangat yang diperkatakan adalah isu yang menggamit tumpuan umum. Aminul Rashid yang mati ditembak oleh polis. Apapun, aku ucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Apap yang berlaku adalah tidak dirancang dan ini sudah ketentuanNya. Tapi apa yang berlaku selepas peristiwa itu adalah TINDAKAN YANG DIRANCANG bagi menyerang kerajaan BN. Isu ini akan dipanaskan seperti isu TBH yang kini dah suam-suam kuku. Hakikatnya umum tahu yang kanak-kanak ini telah melarikan diri dari pemeriksaan polis dan pihak polis telah mengesyakki kanak-kanak malang ini sebagai penjenayah. Dan atas peristiwa yang berlaku pihak polis telah menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang perlu bagi menanganinya. Negara kita ada undang-undang, jika pegawai polis yang menembak mangsa didapati bersalah pasti akan ada pengadilan, yang pastinya bukan tomahan atas andaian sendiri. Biarlah mahkamah tentukan keadilan kanak-kanak ini dan pegawai polis yang terlibat. Jangan dipolitikkan isu ini, siasatan sedang dijalankan dan biarlah pihak yang bertanggungjawab melakukan tugas mereka, tak payah ada sesiapa yang cuba nak jadi 'SHERLOCK HOLMES' ya! 

Post a Comment