Laporan Strategi dan Analisis PR di Hulu Selangor

Bermula dari 3 April 2010, Ghostwriter bersama Media Siber telah bermula memasuki kawasan sekitar Hulu Selangor bagi mengkaji strategi Pakatan Rakyat dalam usahanya bagi memenangi hati rakyat. Di mana sahaja pilihanraya, strateginya adalah sama iaitu dengan bergabung DAP, PKR dan PAS meletakkan bahawa mereka mempunyai satu musuh dan satu tujuan iaitu bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan kemudiannya baru memikirkan bagaimana untuk menguruskan negara. Untuk itu, PR sanggup memberikan apa sahaja yang pengundi mahu, asalkan menang. "suara rakyat, suara keramat".

Selepas 16 September 2008, janji Anwar untuk ke Putrajaya masih lagi dimainkan walaupun janji hanya janji. Ini merupakan satu pembohongan yang besar bagi merintih simpati pengundi. Setiap kali pilihanraya juga, turut diadakan majlis makan bersama bakal Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dengan mengenakan bayaran tertentu. Nak makan dengan pemimpin kena bayar?

Ke mana sahaja ceramah umum pasti akan kelihatan bungkusan derma yang dipungut untuk sumbangan kononnya bagi menyokong perjuangan PR walaupun sudah 2 tahun lebih PR diberi mandat oleh rakyat. Ceramah umum umpama masa untuk mencari sember kewangan atau duit poket selain menabur fitnah terhadap kerajaan BN. Perkara biasa dalam PR.

Bezanya kini selepas PR naik menjadi kerajaan hanyalah air. Air adalah modal yang dijaja setiap ceramah dipelusuk Hulu Selangor. Namun disebalik air, Ahli Parlimen hatta ADUN PR yang baru setahun jagung mendapat mandat dan kpercayaan rakyat telah mula mempamerkan kereta mewah mereka. Jom kita namakan model kereta mereka, antaranya termasuklah toyota Camry, BMW X5, Volvo dan terkini tadi baru sahaja ghostwriter nampak, Anwar menaiki Audi.

Beza juga apabila sekali sekala Barisan Nasional bertanding di kawasan PR. Biasanya jika di negeri yang diterajui kerajaan BN, pastinya segala majlis yang bermotifkan untuk mendapatkan sokongan rakyat dan kepercayaan pengundi diadakan di dalam dewan-dewan komuniti yang lebih selesa. Manakala PR di tengah padang-padang kosong hatta di dalam hutan sekalipun. Namun keadaan di Selangor adalah kontra apabila di dewan-dewan pastinya akan digunakan oleh PR.



Isu di Selangor juga tak kurang hebatnya. Selepas PR mengambil alih Selangor, kerajaan negeri gagal menunaikan janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009 dan royalti pasir hanyalah berjumlah RM 4.6 juta pada tahun 2009. Pewujudan syarikat tunggal Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bagi menguruskan pasir dari tanah-tanah kerajaan menjadikan KSSB tidak kompetitif, tidak telus dan tidak bertanggungjawab.

Kerajaan Selangor juga melakukan tindakan tidak bermoral dan tidak beretika apabila telah membeli hutang syarikat korporat Talam Corporation menggunakan wang kerajaan negeri serta bolehlah diletakkan sebagai merompak duit rakyat seperti yang mereka gelarkan kepada kerajaan BN.

Nasib nasib Universiti Selangor (UNISEL) di bawah kerajaan PR juga berubah apabila bilangan kemasukan pelajar merudum dari 6,758 (2007), 4,477 (2008), 2,481 (2009) dan 400 (Jan 2010). Keuntungan Universiti merosot teruk dari RM 6 juta (2007), RM 15 juta (2008), negatif RM 20 juta (2009). Kepada pelajar pula, kesan yang diterima apabila kurangnya kepercayan terhadap pihak universiti yang membawakan pelajar diploma tidak lagi berminat untuk meyambung pelajaran ijazah di UNISEL lagi.

Pimpinan kuku besi PR rakyat mula menonjol apabila lima ADUN BN Selangor digantung perkhidmatan dan kemudahan elaun ditarik kerana didakwa menghina SELCAT. Ini jelas menunjukkan Pakatan Rakyat tidak konsisten dalam memperjuangkan hak yang diperkatakan iaitu "KEBEBASAN BERSUARA" dan mereka takut ditegur. Contoh tindakan kuku besi PR adalah YB. Dato' Satim Diman dihadapkan ke jawatan Hak dan Keistimewaan kerana mempersoalkan Menteri Besar.

Sifat pilih kasih juga jelas dalam pimpinan PR apabila YB. Dato' Dr. Hassan Ali mengkritik SELCAT kerana mendakwa sesi pendengaran adalah memalukan kepada penjawat awam. Dia tidak dikenakan tindakan oleh Kerajaan PR kerana menghina SELCAT seperti ADUN BN.

Selangor juga boleh digelarkan sebagai Negeri maksiat.Hasil siasatan ghostwriter, terdapat lebih daripada 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak Pakatan Rakyat memerintah sedangkan sewaktu BN memerintah, lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan hanya 700 sahaja.

Menteri Besar Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat juga tidak memahami fungsi kenapa diwujudkan zakat. Ini kerana, MB ini telah menyarankan wang baitulmal digunakan untuk bukan Islam. Dr. Mohd Nasif Hashim (Kota Damansara) mencadangkan guna zakat kepada golongan bukan asnaf.

Dilihat kepada calon Pakatan Rakyat pula, apa yang boleh diberikan gambaran adalah Zaid merupakan orang Kelantan dan mempunyai rekod melompat parti. Dari sini kita dapat meletakkan 2 perkara di hadapan, yakni Calon bukan orang tempatan dan tidak mempunyai penderian yang tetap. Dengan kata lain, mudah berubah-ubah mengikut angin yang bertiup disekeliling.

Semasa Pengumuman calon Pakatan Rakyat setiap wakil komponen parti di bawah PR telah diberikan peluang untuk berucap. Namun seperti ada yang tidak kena kepada ucapan Presiden PAS, Hadi Awang. Dia banyak menceritakan proses demokrasi di Malaysia dari mengagung-agungkan calon dari Pakatan Rakyat. Rakyat juga seperti menolakkan apabila dengan ketaranya rakyat pulang selepas mengetahui Zaid Ibrahim pilihan Anwar untuk PR.

Post a Comment