Baru sahaja sebentar tadi Pakatan Rakyat mengumumkan calon pilihan Anwar Ibrahim untuk memimpin Pakatan Rakyat di Hulu Selangor. Apa yang jelas pada awalnya Pakatan Rakyat berjaya mengumpul seramai hampir lima ribu orang pengokongnya bagi memberikan sokongan terhadap calon Pakatan Rakyat tiba-tiba beransur pulang sejurus selepas Anwar mengumumkan Zaid KATAK sebagai calon yang dikehendakinya.
Jelas disini rata-rata Pakatan Rakyat, baik komponen di bawahnya PAS, DAP termasuk juga PKR sendiri ramai yang kecewa dengan pengumuman tersebut. Zaid KATAK diagungkan Anwar sedangkan Zaid KATAK adalah dulunya orang UMNO dan jelas sekali tidak berpendirian tetap selain muka baru dalam Pakatan Rakyat. Adakah Zaid Katak akan berjaya menawan hati Pengundi Hulu Selangor atau terus melompat lagi?
Anwar Al-Juburi juga ada menyatakan bahawa dia telah mengadakan pertemuan sulit dengan Zaid Katak selepas sahaja Zaid melompat macam katak. Saksikan video di bawah:
Disamping itu, wajah kecewa dengan pengumuman ini juga terukir apabila Shamsul AMK Hari-HariMAU terkejut berok apabila nama Katak disebut sebagai calon PR. Dia dah lama dah ikut telunjuk Anwar, dah lama bagi sokongan terhadap Al-Juburi sanggup turun awal mengumpul pemuda dan menjual yang dirinya antara calon yang disebut-sebut. Pastinya wajah terkerut juga buat Rakyat Hulu Selangor kerana KATAK diberikan oleh PR untuk mewakili suara mereka di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.
Kenapa muka baru yang baru sahaja melompat dari BN diletakkan di Hulu Selangor? Kenapa orang yang tidak berpenderian seperti ini dipilih? Kenapa bukan RAKYAT TEMPAT menjadi calon PR? Apakah Rakyat di Hulu Selangor ini tidak layak untuk mewakili Hulu Selangor?
Post a Comment