UPDATE : Peratusan Keluar Mengundi : 75.87 peratus sehingga jam 5 petang



5 petang : jumlah keluar mengundi - 48,935 atau 75.87 peratus.


4 petang : jumlah keluar mengundi - 47,615 atau 73.82 peratus.


3 petang : jumlah keluar mengundi - 43,333 atau 67.18 peratus.


2 petang : jumlah keluar mengundi - 41,112 atau 63.74 peratus.


1:30 Petang: Calon BN, P.Kamalanathan dan isteri, R.Shobana tiba di SJK (C) Rasa.


Beliau disambut oleh kira-kira 200 penyokong BN yang berhimpun 100 meter daripada pusat pengundian.


1 petang : jumlah keluar mengundi - 36,650 atau 56.82 peratus.


12 tengah hari: jumlah keluar mengundi - 31,632 atau 49.04 peratus.


11 pagi : sejumlah 24,645 atau 38.21 % pengundi telah keluar mengundi.


10 pagi : sejumlah 16,932 atau 26.25 % pengundi telah menunaikan tanggungjawab dengan keluar mengundi di awal pagi.


Jumlah yang keluar mengundi dijangka meningkat selepas tengah hari memandangkan kebanyakan mereka adalah peneroka di beberapa tanah rancangan Felda dan pekebun kecil yang pergi ke kebun masing-masing pada sebelah pagi.


Seramai 799 pengundi pos menunaikan kewajipan mereka pada Khamis dan Jumaat lepas pada pilihan raya kecil yang menyaksikan pertandingan di antara Ketua Penerangan MIC P.Kamalanathan, 44, dari Barisan Nasional dan bekas Anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Zaid Ibrahim, 59, dari Parti Keadilan Rakyat.


Proses membuang undi di kesemua 48 pusat akan tamat pada pukul 5 petang. Keputusan dijangka diketahui pukul 9.30 malam.




[Klik 'Refresh' atau 'Reload' untuk mendapat maklumat terkini]

Post a Comment