ZAID KATAK calon terbaik yang PKR ada..hahaahha!!!

Penulis mengalu-alukan cadangan kepimpinan PKR untuk memilih Zaid Ibrahim sebagai calon PKR di Hulu Selangor. Penulis berkata demikian kerana jika beliau bertanding, PKR bakal berdepan dengan pelbagai tekananan dan malu yang sebenarnya terbit daripada beliau sendiri. PKR akan lebih defensif dan bukannya ofensif seperti pilihanraya-pilihanraya yang lepas.

Ianya akan memudahkan lagi kerja parti lawan untuk meraih lebih banyak undi daripada penduduk Hulu Selangor. Jentera pilihanraya PKR akan terpaksa membuang masa mereka untuk menjawab dan mempertahankan isu-isu yang bergelumang pada Zaid Ibrahim sendiri.

1. Beliau tentu mempunyai masalah besar dengan parti PAS. Parti PAS perlu ingat bahawa pada satu ketika PAS menjadikan hudud sebagai agenda perjuangannya, Zaid Ibrahim yang membawa isu hudud ke mahkamah untuk menghalang PAS melaksanakan hudud.

Tetapi isu di atas mungkin boleh dimaafkan kerana parti PAS sendiri sudah tidak mengaku memperjuangkan hukum Hudud setelah ditegur oleh parti DAP sosialis satu ketika dahulu. Tetapi baik juga jika parti PAS dapat menanyakan pendirian beliau tentang hukum Hudud.

2. Beliau juga tidak akan mendapat sokongan padu daripada orang Melayu di Hulu Selangor kerana kenyataan beliau yang sangat mengelirukan dan tidak patut keluar daripada seorang Melayu yang telah mendapat faedah secara langsung daripada keistimewaan kaum Melayu :-

Affirmative action and special status become a matter of privilege by reference to race rather than of need and questioning of this new status quo was not to be tolerated

Realitinya, Zaid Ibrahim merupakan seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai dan orang yang lupa diri selepas mendapat faedah dan kejayaan menerusi UMNO ketika berada dalam parti. Beliau kini telah 'mengigit tangan orang yang telah membantu' beliau selama ini

Beliau sudah lupa bahawa kejayaan firma beliau juga berlandaskan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan UMNO/BN. Zaid mempunyai firma guaman yang besar iaitu Zaid and Co (ZICO) dan ada yang menyebut bahawa majoriti urusan guamannya melibatkan kontrak-kontrak kerajaan.

Orang seperti Zaid Ibrahim ini patut dihakimi dan dijatuhkan hukuman dengan kalah di Hulu Selangor oleh rakyat sendiri supaya beliau dapat sedar tinggi langit dan bumi ini. Apa pun, beliau sudah 'kenyang' hasil politik beliau di dalam UMNO.

Bravo Zaid Ibrahim.

p/s : Janganlah pula PKR mengubah fikiran selepas ini. Zaid Ibrahim memang calon terbaik untuk parti PKR.
Dr Novandri Hasan Basri

Post a Comment