Analisis kekalahan BN di Sibu

Selama seminggu kempen pilihan raya kecil Parlimen Sibu yang menyaksikan pemimpin tertinggi kedua-dua parti, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN dan penasihat DAP Lim Kit Siang, menjelajahi segenap pelosok kawasan Parlimen Sibu berakhir semalam dengan BN kalah 398 majoriti.


Demam pilihan raya yang dihangatkan dengan sesi perjumpaan bersama rakyat pada setiap hari oleh pemimpin parti-parti yang bertanding serta persembahan konsert oleh penghibur tempatan, ia menjadikan keadaan bandar pinggiran sungai yang lazimnya sunyi berubah dengan hirup-pikuk suasana pesta.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat selama lima penggal Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, pada 9 April.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Hoi Chew menang dengan majoriti 3,235 undi bagi mengekalkan kerusi kawasan bandar yang majoriti pengundi terdiri kaum Cina dalam pertandingan tiga penjuru menewaskan Wong dan Lim Chin Chuang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Namun Pilihanraya kecil Parlimen Sibu menyaksikan landskap yang agak berbeza di mana, jika di Hulu Selangor, antara bahan utama yang dijadikan isu oleh pembangkang adalah untuk menyerang kerajaan Najib sebagai Pedana Menteri.

Di Sibu, bahan utama yang dijadikan isu adalah menyerang Dinasti Taib yang dikatakan sebagai pengaut kekayaan Sarawak. Sarawak diakui kaya dengan hasil dan juga suntikan bajet dari persekutuan, namun ianya kelihatan agak ketinggalan dari segi prasarana jalanraya dan kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di semenanjung.

Pengalaman menjadi kaum minoriti di Sibu juga mengajar aku bagaimana untuk menyambung kelangsungan hidup dengan tempat makan dan beribat yang terhad. Mana tidaknya kaum majoroti di sini merupakan bangsa cina.

Dek kerana bangsa cina menjadi majoriti, DAP dengan mudah menyuntik isu 1Malaysia yang mana dipersoalkan hak bumiputra dan non-bumi. Isu ini amat mudah menarik perhatian bangsa cina kerana ini melibatkan masa depan anak-anak mereka.

Kesimpulannya, BN Sarawak harus berubah... Tanpa sekongan dari kaum bumiputera seperti Iban dan lain-lain, mungkin DAP akan menang dengan majoriti yang lebih besar lagi. Apapun, akhir kata dari ghostwriter, kurangkan isu, tingkatkan prestasi membantu rakyat demi kegemilangan BN yang berterusan. 

Post a Comment