Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng hari ini mengaku bahawa dia bacul untuk melawan 3 penjuru bagi kerusi Parlimen Sibu. Ini kerana dia dikatakan lebih berminat untuk berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) dalam pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu, 16 Mei ini.
Bagaimanpun, seorang bekas anggota tentera, Narawi Harun, 60, dijangka bertindak sebagai 'pengacau' jika dia serius dengan hasrat bertanding sebagai calon bebas selepas mengambil borang pencalonan.
Alasan yang diberikan adalah dia risau sebab ada berita mengenai orang yang mahu membuat pertaruhan keputusan pilihan raya kecil itu.
Selain Wong dan Narawi, calon BN Robert Lau Hui Yew, 48, dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) meminta rakannya mengambil borang pencalonan untuk dia pada Isnin lalu.
Dalam pada itu, Narawi bukan merupakan muka baru dalam arena politik tempatan.
Dia pernah bertanding untuk kerusi itu pada pilihan raya Parlimen pada 1995 dengan memperoleh 975 undi, menentang pemenang mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew dari BN dan Wong sendiri.
Narawi yakin dan sudah membuat persiapan bagi pilihan raya negeri tetapi terpaksa mengharungi pilihan raya kecil ini terlebih dahulu.
Pada pilihan raya negeri 2006, Narawi menarik diri daripada bertanding selepas mengemukakan borang pencalonan bagi kerusi DUN Nangka.
Post a Comment