Sibu merupakan sebuah bandar yang agak janggal jika dibandingkan dengan bandar-bandar di semenanjung. Ini kerana, di Malaysia, bangsa majoritinya ialah Melayu. Namun, bagi aku yang merupakan melayu yang berasal dari semenanjung, pertama kali menjejakkan kaki ke Sibu, bandar ini menyaksikan satu landskap yang baru buat bumi bertuah Malaysia.
Antara pengangkutan penduduk di sini.
Di Sibu, konsep 1Malaysia lebih jelas lagi dilihat dimana, peniaga melayu dan cina berniaga di bawah satu bumbung. Suasana begini jarang sekali dilihat di semenanjung. Kaum cina biasanya adalah pemilik kedai dan berniaga air, manakala kaum melayu menyewa gerai untuk meniaga makanan di kedai tersebut. Jika sekali imbas, kedai tersebut kelihatan seperti kedai cina, tetapi jika diimbas kembali suasana di dalam kedai, kelihatan gerai melayu dan pelanggan melayu makan bersama satu bumbung, 1Malaysia.
Suasana yang sama dapat disaksikan di pasar malam di sini. Tetapi, bagi aku yang pertama kali melihat suasana ini, agak jijik untuk aku gambarkan. Tetapi alah tegal biasa juga. Gerai makanan lauk campur mahupun kuih dijual tidak berjauhan dengan gerai-gerai yang menjual babi. Hidung babi semua ada. Hanya selang beberapa buah saja dari gerai melayu Islam yang menjual kueh. Bagi segmen ayam bakar yang menjadi kegemaran aku, aku terpaksa melihat betul-betul, sama ada ayam tersebut halal atau sebaliknya. Namun kebanyakkan gerai Islam akan diletakkan logo halal dan peniaganya sendiri memakai tudung.
Penduduk tempatan sedang menbaiki bot.
Mengenai masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini yang boleh diberikan perhatian oleh calon yang bertanding adalah seperti biasa, kebajikan terhadap penduduk. Bagi pemandu teksi di sekitar Sibu yang sempat aku berbual, kebanyakkannya menyuarakan mereka memerlukan penguatkuasaan terhadap teksi sapu yang banyak mencuri pelanggan mereka. Tiada guna jika mereka mempunyai permit teksi, jika ulat bermaharajalela di Sibu.
Isu lain juga adalah jeti feri tambang yang menjadi laluan utama penduduk untuk melintasi Sungai Rajang. Jeti yang sedia ada ini sudah kelihatan usang dan berbahaya kepada penduduk terutamanya yang berulang alik dengan menaiki motosikal. Perhatian kepada kebajikan ini amatlah diperlukan tindakan segera.
Di bawah NRKA, pendidikan turut diberi perhatian, namun rungutan seorang penduduk di Sibu menyatakan bahawa beliau terpaksa menghantar anaknya untuk sambung belajar di semenanjung. Katanya sudah tiba masanya bandar Sibu mempunyai pusat pendidikan tinggi kerana sudah ramai anak-anak muda terpaksa berhijrah ke semenanjung bagi menyambung pelajaran mereka. Isu pendidikan ini juga termasuk dalam manifesto DAP yang diedarkan di bandar Sibu petang tadi. Aku sempat mengambil satu salinan bagi mendapatkan gambaran jelas masalah penduduk di sini untuk dikongsi bersama.
Post a Comment