Live Ari Sibu : Pakatan Rakyat Berkhidmat Kepada Rakyat DEMI WANG!!!!!

Ayuh kita bongkarkan RAHSIA PAKATAN RAKYAT. Inilah yang dinamakan Kerajaan Rakyat. Yang dilaungkan adalah kerajaan yang telus. Dan kerajaan yang bersih tanpa kroni keluarga. Namun disebalik tagline yang digarapkan, sebenarnya ada sesuatu yang tersembunyi dari mata rakyat. Wakil Rakyat Pakatan Rakyat boleh dikatakan semuanya memegang jawatan lebih dari satu DEMI WANG. 

Aku bawakan mangsa aku yang pertama, beliau adalah Khalid Gagap. Khalid Gagap merupakan seorang Menteri Besar Selangor (MB air free kerana pergi manapun dia mesti nak jual yang dia bagi free air kat Selangor). Dia juga merupakan ADUN Ijok yang mana terpaksa menjalankan tugas terhadap rakyat di Ijok. Namun tidak cukup dengan bergajikan sebagai Menteri Besar dan ADUN, Khalid gagap juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang jarang-jarang hadir di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia bagi menyuarakan suara rakyat seperti yang dilaung-laungkan. 

Mangsa seterusnya adalah Teresa Koh Suh Sim. Nama yang tidak asing lagi dengan suara lantang di Parlimen. Teresa merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor setelah menjadi ADUN Kinrara dan Ahli Parlimen Seputeh. Dua jawatan yang beraingan, namun kenapa masih mahu memegang jawatan tersebut? Adakah tiada calon lain dari Pakatan Rakyat yang mampu mewakili Pakatan Rakyat bagi kawasan tersebut?

Di negeri Perak juga tidak kurang hebatnya. Bekas Menteri Besar Perak yang paling lama memegang jawatan berkenaan juga turut tidak berkecuali dalam agenda tamak DEMI WANG. Beliau yang saya maksudkan adalah Mohammad Nizar Jamaluddin. Dia merupakan ADUN Pasir Panjang dan juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Alahai...Pakatan Rakyat...

Sorang lagi penderhaka dari Perak adalah Ngeh Koo Ham. Biasanya kita akan lihat wayang opera cina yang dimainkan oleh ngeh ini. Agaknya itulah peranannya dalam Pakatan Rakyat. Si Ngeh ni pun tak kurang hebatnya dengan memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Beruas dan dia juga ADUN Setiawan. Hebat-hebat semua geng PR ni yer.... DEMI DUIT!!!!!

Tak cukup lagi, seorang lagi sosialist cina Melaka yang berjaya menjajah Pulau Pinang adalah Lim Guan Eng atau nama biasa yang diberikan dalam blog aku ni LGE. Lge merupakn Ketua Menteri Pulau Pinang. Dalam masa yang sama dia juga merupakan Ahli Dewan Undangan Air Puteh. Tidak cukup dengan bergajikan ADUN dan CM, LGE juga mewakili kawasan Parlimen Bagan. Politik is business beb!!!

Begitu juga calon DAP di Parlimen Sibu. Dia merupakan ADUN kawasan Bukit Asek yang kini menjadi sandaran DAP untuk menawan Parlimen Sibu. Mana mungkin seorang ADUN yang akan membawakan suara rakyat di Dewan Undangan Negeri Sarawak mampu juga membawa suara rakyat di Parlimen Sibu ke Dewan Rakyat? Semua ini kerana apa? KRONI dan juga WANG!!!

Post a Comment