Mengapa mahu salahkan UMNO dan Red Carpet Worldwide Sdn Bhd? Itu perkara pertama para blogger pro PAS dan Ahli-ahli PAS perlu bertanya kepada diri mereka sebelum mereka membuka mulut berhubung isu Fiesta Kelantan 2010.
Mengapa pula exco-exco Kerajaan Negeri Kelantan juga seperti terkejut dengan apa yang terjadi? Apakah mereka tidur selama ini?
Bagi yang arif mengenai insiden ini tentu sekali melihat ini sebagai satu lagi sandiwara besar Kerajaan Kelantan Pimpinan Nik Aziz dan juga sandiwara besar PAS Kelantan.
Bagi yang arif tentang Fiesta Kelantan juga tahu bahawa orang penting disebalik pesta ini juga bernama Arif, iaitu Abdul Ariffahmi Ab Rahman. Fiesta Kelantan juga adalah salah satu punca pemberontakan dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Sila rujuk laman blog Suara Rakyat bagi melihat perjanjian antara PMBK dan Red Carpet serta lain-lain bukti penglibatan PMBK menerusi Ariffahmi.
Apabila Ariffahmi tersingkir daripada PMBK, beliau memberi tekanan kepada Ketua Pegawai Eksekutif baru bahawa Fiesta Kelantan perlu diteruskan. Bahkan diperingkat awal pemecatannya, beliau meminta CEO baru PMBK melaporkan perkembangan pengurusan PMBK termasuk aktiviti-aktiviti yang perlu diteruskan secara mingguan, iaitu setiap hari sabtu kepadanya.
PMBK sudah membayar RM200,000 kepada Red Carpet sebagai pendahuluan untuk ‘soft-launch’ Fiesta Kelantan di Kuala Lumpur di mana YAB Tuan Guru Menteri Besar dan Dato’ Seri Mustapha Mohamed sebagai tetamu terhormat.
Walaupun dari segi luaran Fiesta Kelantan ini kelihatan sebagai satu jambatan penghubung PAS dan UMNO terutama di waktu Nik Aziz hebat membelasah Timbalan Presiden PAS kerana mahu PAS dan UMNO berdampingan, tetapi mereka yang berada di PMBK melihat ia hanyalah agenda peribadi Abdul Ariffahmi.
Fiesta Kelantan sebenarnya bertujuan mengangkat Ariffahmi dan supaya dia dilihat di dalam parti sebagai tokoh muda yang berkemampuan membawa perpaduan. Salahnya, tindakannya mengejar kejayaan peribadi telah membelakangkan banyak prosedur.
Dato’ Takiyuddin Haji Hassan di lantik oleh Ariffahmi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur. Takiyuddin sendiri bersama beberapa exco tidak hadir di ‘soft-launch’ dan tidak hadir ke mesyuarat Jawantankuasa Penganjur ketika itu kerana menyedari banyak perkara yang tidak kena. Di antaranya ialah perlantikan Takiyuddin di buat oleh Ariffahmi bukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Majlis Fiesta Kelantan tidak pernah di angkat ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Kelantan. Persetujuan Tuan Guru dan aturcara serta kehadiran Mustapha Mohamed tidak pernah di maklum kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ataupun Dewan Harian PAS Kelantan. Tahu-tahu kad jemputan tiba.
Hanya seorang exco muda yang belum sepenggal jadi ADUN dan berada di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mengetahui secara penuh. Inipun kerana beliau tidak fasih dengan prosedur parti dan Kerajaan Negeri serta kerana masih baru beliau sering termakan dengan kata-kata Ariffahmi bahawa ‘Ayahanda dah setuju’ dalam semua benda yang terpancul dari mulut menantu MB itu.
Setelah tersingkir Ariffahmi dari PMBK, ruang untuk beliau menggunakan PMBK bagi menganjurkan Fiesta Kelantan menjadi pudar bersama pudarnya pengaruhnya di PMBK. Tetapi Ariffahmi mendapat rakan baru kerana dia telah berjaya menyakinkan banyak pihak bahawa pemecatannya adalah agenda Dato’ Husam Musa, Persuruhjaya II PAS Kelantan.
Antara yang menjadi sayang dan akrab tiba-tiba dengan Ariffahmi selepas itu ialah Takiyuddin Hassan yang sebelum ini merasakan dan memberitahu kepada beberapa pihak pemecatannya dari menjadi Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan adalah kerana permainan Dato’ Husam. Turut menjadi akrab dan ke hulu ke hilir membela Ariffahmi ialah Nik Abduh, anak Nik Aziz yang berdendam hebat dengan Husam kerana merasakan niatnya dan kuncu-kuncunya mendapat imbuhan dari penjualan Kelantan Waters kepada syarikat bernama Air Darulnaim Sdn Bhd telah di sekat Husam yang menjadi Setiausaha Politik MB Kelantan waktu itu. Air Darulnaim diterajui oleh orang kuat UMNO Kelantan waktu itu dan masih lagi seorang Timbalan Ketua Bahagian UMNO sekarang.
Kedua-dua ini adalah musuh utama Husam Musa dan kedua-dua ini ada pertalian dengan musuh nombor satu Husam di Kelantan iaitu Razak Abas, kroni besar MB Kelantan. Syarikat balak milik Roshaimi Razak banyak mendapat kelulusan balak sebelum Husam dilantik ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Kemewahan yang dinikmati oleh Nik Abduh banyak berpunca dari kemakmuran yang dirasai oleh Roshaimi. Takiyuddin pula di ikat dengan Razak Abas menerusi perkahwinannya dengan anak AJK Bahagian UMNO Kelantan yang juga ayah kepada pemilik Red Carpet Worldwide Sdn Bhd.
Selepas PMBK hilang minat terhadap Fiesta Kelantan, PMBK berkemungkinan akan hangus wang sejumlah RM200,000 yang dilaburkan oleh bekas CEOnya yang juga menantu Nik Aziz itu.
Pada waktu yang sama Red Carpet tidak berdaya untuk meneruskan Fiesta Kelantan tanpa nama besar yang dapat memaksa banyak pihak menaja fiesta itu. Maka timbullah nama YAB Perdana Menteri. Hanya dengan kehadiran Dato’ Seri Najib Razak, Fiesta Kelantan akan dapat diselamatkan dan menjamin pihak Red Carpet dan Penganjur mendapat pulangan kewangan seperti yang dirancang menerusi pengiklanan dan lain-lain sumber.
baca selanjutnya disini.
GHOSTWRITER
Jika benar bagai diulas blogger yang dulunya PAS, kini ala-ala menyerang PAS ini, memanglah ini yang telah dilumrahkan PAS yang suka menuding jari. Sendiri buat salah tidak mahu mengaku, malahan menuduh itu ini semua UMNO punya hal. Kononnya UMNO ni jijik sangat dan PAS begitu maksum dalam politiknya.
Teringin juga aku nak melihat pemimpin ULARMAK PAS duduk sepentas dengan pemimpin negara Malaysia. Jika ini berlaku, maka disinilah titik tolak melayu kembali bersatu. Malangnya ini tidak berlaku, melayu kembali layu. Lena dibuai mimpi. Tunggu cina yang naik. Baru terhegeh nak sedar diri.
Post a Comment