Bila Melayu yang berpolitik nak SEDAR???


Busuk2 orang Pas depa saudara sebangsa dan seagama dengan kita juga. Begitu juga busuk2 orang Umno pun depa tetap sama bangsa dan sama agama dengan kita. Jangan kita buang kedua2nya. Ada masa kita perlu kepada Umno dan ada ketika kita mau Pas jadi suara kita.

Masa dan keadaan yang menentukan. Dan kita sebagai pengundi kena buat pilihan secara yang terancang (maksudnya apa dan siapa yang kita mau untuk bersuara bagi pihak kita sebagai orang melayu dan orang islam).

Kena cerdik. Kita lama dah duk jadi pengundi yang setengah masak dan tak berapa cerdik. Kita ikut apa kata pemimpin. Kita buat apa pemimpin suruh. Tapi kita lupa bahawa akibat paling perit kita rakyat lah yang akan rasa dan tanggung. Pemimpin, mereka orang senang, banyak pitih, boleh gi cari tempat yang selamat, yang tinggal ni kita lah terkonteng2 berempas pulas melawan keadaan.

Tak usah tengok jauh2. Lihat saja jiran kita Thailand. Puak baju merah buat demonstrasi, tidur bersepah, makan minum tak menentu, yang ada kerja tinggal kerja, anak bini tah ada makan ke tidak tak siapa yang tau. Tapi pemimpin dan para perancang demonstrasi tu duk di mana ? Tidur di mana ? Makan di mana ? Macam mana anak bini dia ?

Tsunami politik PRU 12 berlaku bukan sangat kerana melayu beralih arah. Melayu Umno tetap pangkah Umno. Melayu Pas tetap pangkah Pas. Tapi adakah cina Mca tetap pangkah BN. Cina gerakan tetap pangkah BN. India Mic tetap pangkah BN.

Berlaku stunami kerana bukan melayu boleh sepakat pada masa itu untuk menurunkan BN pimpinan orang melayu untuk digantikan dengan PR yang berketuakan orang melayu juga tapi di dominasi oleh orang mereka.

Nak tanya, dalam PR. Berapa kerusi MP dari Pas ? Berapa kerusi MP dari PKR (berapa melayu ? berapa cina ? dan berapa india ?) ? Berapa kerusi MP dari DAP (berapa melayu ? berapa cina ? berapa india ?) ?.

Yang tau, tolong jawab supaya ramai pakat tau untuk buat analisa sendiri.

Post a Comment