JUDI : Bila Juara Rakyat bersuara....

Sedutan dari blog Roslan SMS

Benarkah judi yang berlesen tidak mendatangkan kesan sosial kepada masyarakat? Benarkah dengan memberikan lesen bermakna kita menghapuskan kegiatan judi haram yang tidak berlesen?

Bahana judi meruntuhkan keluarga dan masyarakat dan ini adalah hakikat yang patut diakui. Rumah tangga dan keluarga berpecah-belah akibat sindrom tahi judi memang diketahui oleh semua. Magnum,Big Sweep, Sports Toto dan lain-lain telah bertahun-tahun dilesenkan tetapi kita masih mendapat berita betapa pihak polis memberkeas kegiatan ekor haram sehingga ramai yang dibuang daerah akibatnya.

Kalau kita mahu bercakap berkenaan hak bukan Islam, mengapa kita tidak mempertahankan hak orang Islam. Rakyat di Kelantan contohnya melalui wakil rakyat mereka telah meluluskan hukum hudud di Kelantan iaitu suatu hak yang diberikan oleh Allah swt ke atas umat Islam. Kenapa pemimpin BN termasuklah yang beragama Islam menyekat dan menghalangnya dari terlaksana? Tidakkah ini menghalang hak asasi umat Islam?

Kita sudah punya banyak lesen judi yang telah diluluskan. Yang ada itupun terus mengundang masalah masyarakat dan tidak mengurangkan sedikit pun kegiatan judi haram tanpa lesen. Mengapa kita mahu meluluskan yang baru?

GHOSTWRITER
Tak payahla hipokrit sangat, 
tanyala kepada pemimpin PR hatta DAP mahupan PKR ada tak diorang pernah atau terlibat dalam judi bola ini? Kalu berani angkatla sumpah kata tak pernah. 
Kita berada di negara Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, bukan di Mekah yang berbilang bangsa sama agama. 
Jesteru, judi adalah perkara biasa bagi setengah golongan cina dan india. Jika kita tidak mengeluarkan lesen, tentunya akan wujud juga judi. 
Cuma judi yang wujud adalah tidak berlesen. Bila tidak berlesen, kita tak tahu berapa banyak premis yang mengusahakan judi ini, maka susahlah kerajaan nak memantau. 
Kenapa kerajaan PERLU memberikan lesen JUDI?? Sebab kerajaan senang nak kawal dan kita tahu sapa yang menganjurkan, sapa yang main. So kesannya pun kita dah tahu. 
Yang mana lebih elok?? Bagi lesen atau tidak? sekarang kau jawab.

Post a Comment