PR Amal Politik UGUTAN & Diktator!!


"DAP akan bertindak jika kedua-dua Kataknya tidak membayar bayaran pampasan RM5 juta setiap seorang seperti yang termaktub dalam perjanjian yang mereka tandatangani selepas memenangi kerusi masing-masing pada pilihan raya umum 2008."


"Rahsia 'Baiah' merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti berbanding parti lain ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihanraya samada umum atau kecil. Amalan 'baiah' atau sumpah taat setia bagi menjatuhkan talak tiga terhadap isteri wakil rakyat PAS yang lompat parti."

PKR?? Hehehe...sapa ble rungkai??

Pakatan Rakyat hari ini terbukti sebuah pakatan yang di bawahnya terdapat Parti-Parti yang takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Pemimpin atasan Parti tidak percaya kepada pendirian wakil rakyat sendiri dan ianya juga berlaku sebaliknya yakni wakil rakyat sendiri pun tidak mempercayai Pemimpin atasan Parti. Buktinya, dah banyak katak melompat ke sana sini... "Toing...Toing".

Dek kerana takut dan tidak percaya, satu perjanjian demi perjanjian sulit telah didedahkan oleh mereka sendiri. Apa maknanya demokrasi jika wakil rakyat diikat sengan satu ikatan yang tak masuk akal. 

Inilah contoh yang dikatakan politik diktator. Pemimpin atasan bertindak memeras ugut wakil rakyat yang telah sedar dan sudah tidak percaya kepada pemimpin atasan, perjuangan parti dan sebagainya. 

Bagi wakil rakyat PR, dead sign perjanjian ini meletakkan mereka kepada satu tempat yang boleh digelarkan sebagai pak turut. Hangguk dan sokong saja apa yang dibuat oleh pemimpin mereka, jika tidak pasti akan disaman hatta bercerai Isteri dengan talak tiga.

Ugutan bak along yang dahagakan kemenangan dan kekayaan ini menjadikan si katak menggigil takut untuk melompat lagi, dan si belang mengaum kononnya sokongan terhadapnya untuk menjadi PM sangat kuat.

Di mana demokrasinya? Adakah ini yang dinamakan Politik baru yang bakal mewarnai dunia Politik Malaysia sekarang.....

Post a Comment