LGE Dah Besaq Kepala : ni tera jadi KM, kalu jadi PM???


LGE dah besaq kepala makin teruk dan melampau-lampau selamber jer menuduh Mohd Sidek sebagai pembela ‘Little Napoleon’ kerana mempertahankan Nik Ali.

“KSN sering mengatakan kerajaan tidak mahu wujud ‘Little Napoleon’ dalam sistem perkhidmatan awam, tetapi dia mempertahankan pula golongan itu. Beliau harus sedar Nik Ali adalah ‘Little Napoleon’ yang selama dua tahun ini tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

“Kini, timbul persoalan adakah Mohd Sidek benar-benar serius mahu mewujudkan sistem penyampaian awam cekap tanpa wujudnya ‘Little Napoleon’, sedangkan beliau membelanya,” LGE

Untuk rekod, Pertelingkahan antara Guan Eng dan Nik Ali memuncak kelmarin apabila mesyuarat Exco Pulau Pinang memutuskan perkhidmatan SDO itu tidak lagi diperlukan di negeri itu. Nik Ali juga diminta memohon maaf secara terbuka serta menarik balik kenyataannya yang menyifatkan Guan Eng sebagai dayus dan biadab.

Kenyataan itu dibuat Nik Ali selepas Guan Eng beberapa kali menyerangnya, termasuk menuduh SDO itu tidak menyediakan tempat duduk untuknya pada majlis pelancaran projek Kereta Api Bukit Bendera, 20 Oktober lalu. Tuduhan Guan Eng bagaimanapun disangkal beberapa pegawai kerajaan yang turut hadir pada majlis itu.

Seorang pegawai di pejabat SDO menjelaskan kerusi disediakan untuk Guan Eng di bahagian tetamu kehormat sebaris dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.


Dan gambar ini merupakan bukti LGE disediakan kerusi sebelah Nor Mohamed

GHOSTWRITER
"Little Napoleon" bermaksud orang yang kedudukan sebenarnya tidak tinggi, tetapi mempunyai kuasa seolah-olah berkedudukan tinggi. Adakah dengan berjawatan sebagai KM dah boleh berlagak bagaikan "BOS" besar dalam Pulau Pinang boleh "pecat" penjawat awam sesukai hatinya? Inilah dia rupa sebenar bila DAP diberi kuasa, ni baru negeri, kalu dia dapat pimpin negara? Entah....
Dan bagi aku betulla tindakan KSN yang mempertahankan Nik Ali. Jika aku jadi bos (walaupun hakikatnya tidak) aku akan mempertahankan anak buah aku. Itu namanya welfare wahai LGE....

Post a Comment