TGNA Buta Hati : Enggan Melihat Melayu dan Islam Bersatu!!



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sama sekali hasrat Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasaan supaya UMNO dan parti itu segera menamatkan persengketaan melalui satu pelan damai demi perpaduan umat Islam di negara ini.


Malah Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan, kedua-dua parti itu tidak akan berunding atau bekerjasama kerana perbezaan dasar yang ketara dan ia telah diputuskan pada muktamar Pas dua tahun lalu. (Perbezaan apa yang ketara?)


Beliau turut menyifatkan ia hanya kenyataan peribadi Nasrudin dan bukannya keputusan rasmi yang dibuat oleh kepimpinan parti.


"Itu dia (Nasrudin) punya pandangan, tidak boleh UMNO dan Pas (bersatu) kerana lain dasar masing-masing (dasar DAP & PKR sama ker?), macam saya sebut kelmarin pasukan bola walaupun patah betis, tercabut lutut, pasukan A tak pernah berunding dengan pasukan B, lawan-lawanlah itu dia punya pasal.


"Tidak mungkin (Pas dan UMNO bersatu) ini keputusan parti bukan keputusan saya... (Pas) tidak akan berunding atau kerjasama dan negeri kita negeri federal tak ada sebab kita perintah negeri, Pusat buat masalah pada kita," katanya.


GHOSTWRITER
Punahla harapan nak lihat melayu bersatu...Yang pelik tew, muktamar PAS bukan dihadiri oleh ularMAK2 yang bijak agama? Takkan sebangsa dan seagama tak boleh bersatu? Wahai UlarMAK PAS, baca dibawah ini:



Dosa yang paling berat adalah dosa dengan manusia. Syaitan sentiasa mencari jalan untuk memecah-belahkan umat manusia tidak kira didalam sesebuah keluarga mahupun masyarakat. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga nikmat perpaduan yang telah Allah kurniakan kepada kita.

Allah telah perintahkan kita untuk berpegang teguh dengan agamaNya, iaitu menjaga, mempelajari dan meluruskan diri dan bersatu didalam menganutinya. Sesungguhnya perpaduan itu adalah rahmat, manakala perpecah-belahan pula adalah azab. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang2 yang bersatu-padu.

FirmanNya yang bermaksud, 
Berpegang-teguhlah dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah
 – Ali Imran : 103

FirmanNya lagi yang bermaksud, 
Ingatlah kurnia Allah kepada kamu, ketika kamu dahulu bermusuh2an, lalu Allah persatukan antara hati2 kamu (dalam agama Allah)” 
– Ali Imram : 103

Post a Comment