LGE nampaknya marah....

lge-penjawat awam copy

Tindakan Lim Guan Eng menyerang pegawai kerajaan bukan sahaja disifatkan sebagai biadap tetapi kurang ajar.

Guan Eng itu tidak sepatutnya menghina kerana sebagai K. Menteri beliau patut berterima kasih dan memberi galakan kepada pegawai pentadbiran kerajaan negeri.

Pegawai-pegawai kerajaan negeri telah banyak berjasa dan bertanggung jawab terhadap kemajuan dan pembagunan negeri.

Guan Eng sudah terlebih melampau. Dulu dia serang ahli politik sekarang dia serang pegawai kerajaan pula.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menyelar Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus dengan pelbagai kenyataan yang menghina peribadi pegawai terbabit.


Guan Eng semalam menggesa Nik Ali segera meletakkan jawatan kerana mendakwa beliau cuba melarikan diri dan menuding jari kepada orang lain berhubung isu curi pasir tanah milik Kerajaan Persekutuan di Balik Pulau.

Perang dingin antara kedua-dua individu itu tercetus apabila Guan Eng mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa majlis pelancaran projek Keretapi Bukit Bendera diikuti dengan isu perobohan pintu gerbang Taman Botani dan terbaru, isu curi pasir.

Guan Eng lupa kerajaan negeri pimpinan beliau akan lumpuh sekiranya pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat tidak memberikan kerjasama dan sokongan kepada pentadbirannya.

Apa kata kalau semua pegawai kerajaan termasuk pegawai kanan yang dipinjamkan ke kerajan negeri seperti pegawai daerah, pegawai tadbir diplomatik dan lain-lain lagi tak bagi kerjasama Guan Eng boleh mampus. Apa nak takut gaji mereka bukan dibayar kerajaan negeri.

Guan Eng dan pemimpin pakatan pembangkang lain diharapkan agar tidak memandang pegawai kerajaan seperti sampah kerana tanpa sokongan, dokongan dan komitmen mereka pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang akan jadi haru-biru.
Sumber Taiping Mali
GHOSTWRITER
Hai kanda LGE marah....kalu tak buat kenapa melenting len macam jer? Sian Penjawat awam tew.. Mereka juga pengundi dan rakyat. Adakah mereka berhak dilayan begitu oleh YAB KM? ermmm...

Post a Comment