Buruk perangai, buruk kelaku geng Pakatan ni. Mereka buat banner ceramah nak tarik perhatian rakyat dengan letak gambar Sultan Johor, lepas dah kantoi, Sultan murka, tuding jari kat UMNO la pulak. Aduhh.. senang betul kerja puak Pakatan ni. Ini orang panggil tak bertanggungjawab. Sendiri buat, sendiri tanggung la. Benda ni dah lama tersebar, banner tu dah lebih 2 minggu dipasang kat tepi jalan. Kalau betul UMNO yang buat, takkan korang tak perasan kot.
Puak Pakatan ni tau, orang Johor ni sayangkan Sultan mereka. Sebab tu Jimmy Chua Jiu Meng gunakan gambar Sultan Johor untuk cari populariti. Kononnya nak tunjuk Sultan Johor masih sukakan si Chua ni walaupun pangkatnya sudah ditarik balik. Bila dah kantoi, Sultan bertitah murka, mulalah mengelabah puak-puak ni, cara paling senang tuduh UMNO yang buat. Ada bukti ke wei? Atau main suka-suka tuduh je.
Sultan Johor telah bertitah semalam:
“Ada pihak (PKR) yang cuba mengheret saya dalam kancah politik, dengan memaparkan gambar saya (dalam kempen) sepanduk mereka. Perbuatan ini adalah biadap dan kurang ajar. Saya tahu Polis akan menyiasat perbuatan ini” dan menyambung “Pada rakyat Johor janganlah jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan ini. Golongan ini tiada pendirian hidup, seperti ‘lalang’. Saya tidak mahu rakyat Johor dipecah belahkan rakyat dengan golongan ini.”
Sultan Johor bertitah supaya rakyat Johor tidak terpedaya dengan golongan-golongan seperti ini. He he. . nampak sangat Tuanku Sultan pun dah tahu perangai buruk puak Pakatan yang hendak membuat 'onar' di negeri Johor, lalu berpesan pada rakyatnya supaya berwaspada.
AMK Johor mengelabah menuduh UMNO yang buat, tapi tuduh takdak bukti. Lagi satu banner tu dah lama terpasang, sampai orang report Polis, baru AMK PKR Johor nak buat-buat gelabah. Alahh.. jangan menipu la puak-puak PKR weii.. kerja bodoh macam ni, mana ada orang lain pandai buat, selain puak PKR dan Pakatan Haramnya saja.
P/s: Dengar kata puak PKR nak aturkan pertemuan dengan pihak Sultan Johor? Betul ke? Habis la UMNO yang akan dikambing hitamkan nanti.
sumber kedahkekl
Post a Comment