Lagi Rakyat Kecewa dengan LGE [kali ni cubaan membakar diri]

PENIAGA CUBA BAKAR DIRI KECEWA DENGAN KERAJAAN NEGERI P.PINANG


Gara-gara terlalu kecewa dengan tindakan kerajaan negeri yang menutup pintu di tingkat dua Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, seorang peniaga cuba membakar dirinya dengan menyimbah petrol ke seluruh tubuhnya di hadapan wartawan dan khalayak ramai.


Dalam kejadian jam 3 petang itu, Teoh Bak Seng, 53, yang mempunyai kedai minuman di tingkat dua di KOMTAR, sebelum itu memberi kenyataan kepada wartawan mengenai kekecewaannya terhadap tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang.


Kerajaan negeri, mulai 3 Ogos lalu menutup semua pintu di tingkat dua yang mempunyai ruang tempat meletak kereta untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dan Ahli EXCO Kerajaan Negeri berikutan insiden seorang lelaki yang bertengkar serta menepuk bahu Lim.

Teoh berkata, setelah pintu di tingkat dua itu ditutup, perniagaannya merosot dengan teruk sehingga beliau tidak lagi mempunyai sumber rezeki kerana orang awam tidak dapat memasuki kedai minumannya.

Pada sidang medianya itu, beliau turut membawa memorandum yang ditandatangani oleh 48 peniaga lain untuk diserahkan kepada Lim tetapi usahanya gagal setelah polis meminta beliau beredar dari tingkat bawah Komtar itu.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba Teoh mengeluarkan botol plastik yang mengandungi petrol dari beg sandangnya dan terus menyimbah tubuhnya sambil mencari pemetik api.
Sekumpulan wartawan yang mengelilingi Teoh tergamam dengan tindakannya manakala beberapa anggota polis pula sempat memegang tangan beliau untuk mengelakkannya daripada menyalakan api.

Teoh, bagaimanapun, mengadu matanya pedih kerana terkena petrol itu dan kemudiannya terus pengsan sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Cinta Malaysia, Loo Kien Seang, yang menganjurkan demonstrasi secara aman sebelum kejadian itu memberitahu pemberita, Lim sepatutnya memikirkan keselamatan orang ramai terutama peniaga dan pengguna KOMTAR.

"Sebagai Ketua Menteri, dia mesti lebih teliti sebelum buat sebarang keputusan demi kepentingan semua pihak terutama peniaga," katanya. - BERNAMA

GHOSTWRITER
Satu demi satu musibah melanda Penang..Selepas kes mamu Penang, kini Teoh pula. Kenapa nasib Teoh tidak dibela Pakatan Rakyat? [Miskin ditindas, yang kaya diagungkan, motto baru Pakatan Rakyat.]

Post a Comment