Punca Pembuangan bayi : Sambut Hari Kekasih atau menonton bahan lucah?

[PAS mendakwa kes buang bayi antara lain berkaitan dengan kebebasan sambut Hari Kekasih dan Tahun Baru]

TAPI


Satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun lalu mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.


Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan itu dijalankan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.


“Biasanya gadis yang sudah berzina dengan pasangan akan mengandung dan kemudian mengambil keputusan membuang bayi yang dilahirkan bagi mengelakkan rasa malu atau diketahui keluarga.


“Perzinaan yang berlaku akan menyebabkan terhasilnya anak luar nikah. Jadi, saya menyokong kenyataan bahawa kes-kes buang bayi yang semakin banyak sekarang ini adalah berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

- KOSMO!
gambar sekadar hiasan




GHOSTWRITER
PAS ada buat kajian ke PAS cuma nak cari jalan untuk menyalahkan kerajaan BN?  Tak usah menangguk di air yang keruh. Nanti bertambah mual ustaz PAS di mata rakyat. Jika benar Hari Kekasih dan sambutan Tahun Baru sebagai punca maca mestilah pembuangan bayi bermusim, tapi kini dah melampau dan tidak terkawal. Aku setuju dengan puncanya video lucah yang berleluasan sekarang. Bab ni, kita semua kena sama-sama tangani. Tepuk dada tanya iman, bukan ikut nafsu politik semata-mata.

Post a Comment