Susulan Cina cuba BAKAR diri : LGE bertindak sepantas kilat!


Kerajaan Pulau Pinang akan menyemak semula prosedur keselamatan baru di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), yang menempatkan pejabat Ketua Menteri, berikutan insiden seorang pengusaha kedai kopi menyimbah petrol pada tubuhnya selepas mendedahkan bahawa sumber rezekinya terjejas teruk disebabkan langkah keselamatan itu.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Datuk Muhammad Yusoff Wazir, dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainal Rahim Seman supaya meneliti sama ada prosedur keselamatan baru itu boleh dilonggarkan tanpa menjejaskan aspek keselamatan dan kawalan.
Teoh Bak Seng, 53, menyimbah petrol pada tubuhnya di hadapan sekumpulan orang ramai serta wartawan di Komtar selepas beliau gagal menyerahkan memorandum kepada Lim dan ketika beberapa anggota polis meminta beliau beredar dari kawasan itu tengah hari semalam.
"Semakan semula oleh Zainal akan turut meliputi aduan daripada beberapa peniaga di Komtar bahawa penutupan lima pintu masuk telah menjejaskan perniagaan mereka, dan jika ini benar, bagaimana masalah itu dapat diatasi," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri sedia membantu Teoh menyelesaikan masalah itu, termasuk kekecewaannya berikutan penutupan lima pintu masuk ke Komtar dari tempat letak kereta VIP.
Pintu masuk di tingkat dua ditutup sebagai langkah keselamatan selepas seorang lelaki menghampiri Lim dan menepuk bahunya pada 2 Ogos lepas. - BERNAMA

GHOSTWRITER
Khalifah LGE terus membela cina lagi apabila dengan sepantas kilat dia menyemak semula prosedur keselamatan baru KOMTAR selepas kes bangsanya cuba membakar diri. Tapi Bazar Ramadhan Melayu? Apa tindakan? Tiada. Diam membisu. Lantak hangpala. LuPIKIAQla sendiri.

Post a Comment