PRK DUN GALAS : Belum lawan lagi, PAS dah kecut Teloq


Lawak pun ada, pelik pun ada bila membaca kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat yang meminta Barisan Nasional supaya tak bertanding jika pilihanraya kecil diadakan di DUN Galas.

Yang lawaknya adalah, alasan yang diberikan oleh Takiyuddin Hassan untuk memujuk UMNO/BN supaya tak bertanding ialah kononnya demi perpaduan melayu. 

Bukankah selama ini PAS yang menolak sebarang perpaduan melayu dengan UMNO? Nik Aziz sendiri telah "mengharamkan" bercakap mengenai perpaduan bersama UMNO. Apakah Takiyyudin mahu menderhaka kepada wali tersohor PAS itu?

Lagipun, apalah erti melayu kepada PAS? Bukankah Nik Aziz sendiri berkata bahawa dia langsung tak bangga menjadi melayu? Jadi perpaduan melayu bagaimanakah yang dimahukan oleh Takiyyudin?

Mungkin Takiyyudin sekadar menzahirkan ketakutannya untuk berhadapan dengan jentera UMNO/BN seandainya PRK DUN Galas diadakan. Mungkin juga Timbalan Setiausaha Agung PAS ini risau tentang dana bagi membiayai proses kempen pilihanraya kecil tersebut nanti.

Apa yang nak Takiyyudin bimbangkan? Bukankah PAS Kelantan baru sahaja mendapat durian runtuh bernilai RM4 Billion? Dengan duit sebanyak itu, bukan kata pengundi hantu.., dengan bapak-bapak hantu sekali pun PAS boleh upah untuk menang di DUN Galas nanti.

Jadi, tak payahlah Takiyyudin dan PAS takut berhadapan dengan UMNO/BN. Tak payahlah merayu dan memujuk supaya UMNO/BN tak bertanding dengan alasan demi perpaduan melayu. 

PAS mana pernah peduli tentang melayu ataupun perpaduan! Yang PAS peduli hanyalah bagaimana nak rosakkan perpaduan dan memusnahkan hak melayu sahaja!

KOTA BARU, 28 Sept – PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita. - BERNAMA
 GHOSTWRITER
Kecut juga PAS ni, nak menang dengan laluan mudah jer... Kalu nak menang dengan cara macamnie, bukan demokrasi namanya, tapi warisan PAS selamanyala Galas tew...Apa pula hak rakyat di Galas? Takda pilihan nak pilih wakil merekala macamtew....Apa punya turrrr....!!

Post a Comment