PRK DUN GALAS : Giliran PAS memainkan "Gendang Perpaduan Melayu"

Jika sebelum nie umum tahu PAS berkeras enggan melihat Perpaduan Melayu seperti yang dicadangkan UMNO. PAS juga menegaskan bahawa parti itu tidak berhasrat bekerjasama dengan Umno yang didakwanya menjadi sekutu Yahudi- Zionis dan ianya telah termaktub dalam Muktamar PAS.

Sehubungan itu, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul "gendang perpaduan."

“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Namun lain pula kali nie bila PAS melalui TGNA pula menyuarakan Perpaduan Melayu dengan UMNO. Namun syaratnya agak tak masuk akal. Hapuskan UMNO, hanya PAS saja Parti Melayu dan Islam DAN GALAS DIBERIKAN KEPADA MEREKA!!! WERK!! Lain macam bunyi gendang PAS ni yer...

Dan yang paling menarik adalah, TGNA mengakui bahawa Perpaduan melayu sudah sekian lama menjadi hasratnya.. Yer..ker? Bukankah TGNA pernah berkata Barisan Nasional (BN) itu “sebenarnya amat dhalalah atau sesat sesesatnya” dan Umno menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama, yang sekali gus menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam. Kemudiannya, Isu kerajaan perpaduan PAS-Umno di Perak turut dibangkitkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria, yang kemudiannya dikritik Nik Aziz sambil menyifatkan Mufti Perak itu bertindak macam “ejen” Umno.”

Post a Comment