Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di seluruh negara dan hampir ke pusingan penghujung tetap panas dengan insiden kekecohan dan pergaduhan melibatkan ahli parti itu.
Sabtu, seorang jurugambar Utusan Malaysia hampir 'dikerjakan' oleh sekumpulan ahli PKR ketika membuat liputan perjalanan serta pemilihan parti itu bagi cabang Sabak Bernam kira-kira pukul 8.15 malam.
Jurugambar berkenaan, Shaharani Saibi dikatakan telah dikejar sekumpulan ahli parti itu yang berang dengan proses pemilihan cabang itu yang didakwa tidak memihak kepada calon pilihan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sehingga mencetuskan ketegangan di Dewan Tun Abdul Razak, Sabak Bernam.
Berang dengan proses pemilihan itu, kumpulan ahli PKR itu bertindak mengejar Shaharani apabila jurugambar itu merakamkan gambar kekecohan yang berlaku di dalam dewan berkenaan sehingga menyebabkan peralatan kamera yang dibawa oleh Shaharani rosak.
Ekoran kejadian itu, Shaharani membaut laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam kira-kira pukul 9.44 malam.
Kekecohan dan aksi ganas melibatkan ahli PKR sepanjang mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang parti itu bukan pertama dilaporkan berlaku.
Baca seterusnya di Agendadaily mengenai kekecohan di Subang, Klang, Kapar, PJS dan Kota Raja sini.
GHOSTWRITER
PR katanya memperjuangkan freedom of the press, namun inilah layanan yang diterima wartawan yang membuat liputan mereka. Apapun, fikirkanlahh...kat mana yang freedomnya?
Post a Comment