Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) akan meletakkan anak seorang bekas anggota Parlimen Rantau Panjang sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 Nov ini.
Bagaimanapun presidennya Hanafi Mamat enggan menamakan bakal calon terbabit yang hanya akan diumumkan pada 23 atau 24 Okt ini, katanya kepada Bernama di sini Isnin.
Beliau juga menegaskan penglibatan parti itu pada pilihan raya kali ini tidak dipengaruhi mana-mana pihak untuk memecah undi dalam pilihan raya kecil tersebut.
"Kita akan meletakkan calon dan tetap dengan prinsip parti untuk menegakkan keadilan Islam, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," kata beliau.
Pilihan raya kecil DUN Galas itu diadakan berikutan kemtian wakil rakyatnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lepas.
Akim merupakan sebuah parti serpihan PAS yang ditubuhkan pada 1995 dan ia pernah bertanding pada pilihan raya umum 1999 bagi kerusi Parlimen Pasir Puteh dan Kota Bharu tetapi tewas.
Pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008, presidennya Hanafi Mamat turut bertanding mewakili Akim tetapi kalah teruk dan hilang deposit.
Post a Comment