Selepas 20 tahun Kelantan dikuasai Pas, banyak aspek sosial dan infrastruktur jelas terbukti ketinggalan di serata negeri.
Tempoh berkenaan bukan suatu yang singkat, namun apa kan daya Kerajaan Pas Kelantan terbukti tidak mampu membawa kemajuan sepertimana negeri yang diperintah Barisan Nasional.
Lihat sahaja apa yang ada di Gua Musang, masih ramai yang tidak mendapat kemudahan yang sepatutnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri memenuhi keperluan rakyat seperti kemudahan perumahan yang selesa dan sebagainya.
Kasihan rakyat Gua Musang, belum pernah ada Projek Perumahan Rakyat yang terbina di negeri ini sejak pas mengambil alih.
Namun, hari ini rakyat Gua Musang khususnya Dun Galas wajar berasa bangga kerana sebahagian besar daripada rakyat tempatan bakal menikmati suasana kediaman yang lebih baik dalam tempoh tiga tahun lagi.
Impian ini akan menjadi realiti apabila Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama KESEDAR akan membangunkan projek berkenaan dengan keluasan tanah seluas 34.5 ekar dengan melibatkan peruntukkan lebih RM180 juta untuk 1,500 unit perumahan.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, jika rakyat Kelantan harapkan Pas mampu membawa perubahan seperti ini, ianya hanya ibarat ‘Bulan Jatuh Ke Riba’ kerana jelas sekali Pas tidak mampu merealisasikannya.
Jelas Muhyiddin lagi, dalam melaksanakan transformasi negara, rakyat diluar bandar termasuk negeri yang dikuasai pembangkang turut tidak ketinggalan dalam merasai nikmat arus pembangunan negara.
Justeru, hari ini terbukti sudah bahawa kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan BN selaras dengan slogan, 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Wahai pengundi Dun Galas, apa lagi yang kalian harapkan daripada Pas dalam membela nasib rakyat? Kenapa perlu masih menyokong pembangkang sedangkan mereka terbukti gagal membawa aspirasi rakyat? Fikir-fikirkan lah, tepuk dada, Tanya selera, Pas kah atau BN?!!!
Post a Comment