LGE buat Hal Lagi : Kampung Genting dan Pondok Upeh, Balik Pulau pula jadi SASARAN!!!

Lebih 100 penduduk Kampung Genting di sini berhimpun bagi membantah cadangan pengambilan tanah seluas 40 hektar di kampung mereka untuk pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT).

Mereka berkumpul di depan Masjid Jamek Kampung Genting bermula pukul 11 pagi kerana marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri itu sekali gus bertekad mempertahankan tanah berkenaan daripada diambil.

Penduduk membawa sepanduk dan kertas bertulis 'Kami tak rela tanah kami dijadikan bisnes kerajaan negeri', 'Jangan cuba memperbodohkan orang kampung, kami ada maruah' dan 'Pakatan rakyat tak bela nasib rakyat'.

Sepanduk lain yang tertera adalah 'Kami tak mahu P. Pinang jadi macam Singapura, ada faham!!', 'Mana CAT hang Guan Eng, cakap tak serupa bikin' dan 'Kami tak rela tanah kami dirampas, langkah mayat kami dulu! Guan Eng perampas tanah Melayu'.

Kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk pembinaan sebuah IPT dan tujuan awam. Pewartaan tersebut dikatakan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah pada 15 Ogos lalu.

Seorang penduduk, Ismail Sulaiman, 65, dalam nada marah memberitahu, dia dan rakan lain tidak akan melepaskan tanah mereka begitu sahaja kerana sudah menetap di situ sejak bertahun-tahun lamanya."Guan Eng jangan ingat kami bodoh. Kami anak tempatan di sini dan ini tempat kami cari makan, jadi kami tidak sekali-kali akan lepaskan tanah yang kami duduki dengan rakan daripada kaum Cina dan India secara aman damai sejak sekian lama," ujarnya.

Bagi bekas guru, Aisyah Budin, 73, dia kesal tindakan kerajaan negeri yang 'cakap tidak serupa bikin' sekali gus mahu Guan Eng menunjukkan ketelusan berhubung isu tersebut.

Jelasnya, dia dan penduduk kampung terlibat membantah sekeras-kerasnya sebarang pengambilan balik tanah di situ dan tidak akan berganjak dengan keputusan tersebut kerana telah menetap di situ sejak dilahirkan.

"Mana kami nak duduk, bawah pokok pisang atau pokok nipah, baru berapa tahun perintah dah nak ambil macam-macam. Jangan ingat kami bodoh," tegasnya.Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau, Aziaan Ariffin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Rosman Long mahu kerajaan negeri mencari tempat lain lebih sesuai bagi tujuan itu.

Menurut mereka, kawasan yang dicadang itu rata-ratanya diduduki orang kampung dan sekiranya IPT antarabangsa didirikan dikhuatiri memberikan impak sosial kepada mereka.Pada masa sama, mereka kecewa kerana mengikut penduduk, kerajaan negeri langsung tidak mengadakan sebarang perbincangan berhubung perkara itu dan ia hanya diketahui apabila pewartaan tanah dilakukan.

"Di mana dasar urus tadbir cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang diuar-uarkan. Kalau betul telus, Guan Eng patut bincang," ujarnya.
* SEBAHAGIAN daripada penduduk Kampung Genting Balik Pulau menunjukkan bantahan terhadap kerajaan negeri berhubung isu tanah mereka yang akan diambil untuk pembinaan sebuah universiti, di Pulau Pinang, semalam.*

Post a Comment