“Nak jadi wakil rakyat dan pemimpin bukan bergantung kepada ijazah yang berjela-jela, yang penting ialah kemampuan dan kesanggupan untuk kita member khidmat kepada rakyat”.
Demikian penjelasan Calon BN, Abdul Aziz Yusof ketika menjawab serangan politik Pas yang mencanangkan kelebihan akademik Dr. Zulkifli perlu dijadikan menjadi pertimbangan dalam memilih wakil rakyat di Dun Galas.
Sebagai contoh, Allahyarham Tun Ghafar Baba bukan sahaja dilantik menjadi wakil rakyat, bahkan turut berperanan menjadi Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu meskipun beliau tidak berkelulusan tinggi.
Inilah hujah dan bukti jelas bahawa kelebihan akademik calon Pas tidak semestinya menjadi indikator atau sebab utama pengundi Galas perlu memilih calon pembangkang.
Yang penting, pada pilihan raya kecil kali ini, rakyat Galas perlu fikirkan soal masa depan selepas mereka ketinggalan dari aspek pembangunan dan khidmat wakil rakyat selama lebih dua tahun.
Aziz menegaskan, ini adalah saat terbaik bagi pengundi Galas untuk kembali memilih Barisan Nasional yang banyak jasanya kepada rakyat di Gua Musang selama ini.
Sikap rendah diri Aziz yang menyifatkan kemenangan parti lebih utama dan mengatasi kepentingan peribadi adalah bukti kesungguhan beliau untuk mengangkat martabat dan nasib rakyat Gua Musang khususnya di Galas ini.
Tegasnya lagi, kemenangan BN dalam pilihan raya ini amat penting dan petanda kepimpinan BN mendapat mandat dan diterima baik rakyat di segenap peringkat.
“DULU BAGI KO PAS, LA NI BAGI BN PULOK”
Post a Comment