menara warisan LWN petaling street?

PNB boleh!! peniaga cina CHINATOWN kata TAKBLEH!!!!

tadi saya berkesempatan melihat paparan khas Buletin Awani berkenaan penerimaan masyarakat @ pelabor berkenaan cadangan PNB yang dibawa dalam BUDGET2011 oleh DS Najib. 3 orang pelabur memberikan respons positif bahawa keuntungan mampu dijana tanpa mengusik wang perlaburan.

sebaliknya seorang pelabur (kemungkinan juga penyokong PR) tidak bersetuju kerana pada pendapat beliau walau apapun yg dinyatakan oleh PNB wang itu masih asalnya daripada wang pelabur. Beliau berpendapat pelabur akan merasai kesanya jika PNB meneruskan hasrat membina MENARA WARISAN tersebut.

untuk itu saya ingin respons kepada saudara yang menentang cadangan tersebut dengan melontarkan persoalan samada PNB tidak punya wangnya sendiri kah hasil daripada menguruskan pelaburan rakyat. Kalaupun wang yang ingin dijana oleh PNB berasal daripada wang pelabur tetapi ianya tidak menggunakan akaun pelabur2 dlm PNB. Ianya wang daripada akaun yang lain yang mana hasil daripada keuntungan projek ini akan disuntik masuk kedalam akaun2 pelabur semula. Ia jelas bukan wang yang kita masukkan dalam mana-mana tabung amanah. apakah menjadi kesalahan PNB menggunakan wang mereka sendiri yang mereka dapat drpd hasil usaha mereka melaburkan wang kita untuk digunakan sebagai pemangkin ekonomi negara dan wang tersebut akan dikembalikan kedalam akaun pelabur semula...IA MATEMATIK AKAUN YG MUDAH....KENAPA NAK DI SUSAHKAN ..

bagaimana pula dengan "SAHAM AKHIRAT" yang dicanang2 dalam ceramah pembangkang dimana tabung2 tanpa akaun sah dan tanpa audit yang telus bergelimpangan di dataran ceramah dan di dada blog?? kemana kah sumbangan ANDA, benarkah ke SYURGA atau tiket ke NERAKA? kenapa saya katakan demikian kerana siri ceramah pembangkang tidak lain, hanya berkonsepkan FITNAH dan politik KEBENCIAN. dendam dan amarah jadi BAHAN kempen. daripada zaman TUN M hinggalah kepada era DS Najib.

segmen ini diteruskan dengan komen peniaga peniaga di Petaling Street yang tak perlulah kita pertikaikan lagi bahawa di situ lubuk berniaga orang2 cina berketurunan pendatang yang mendapat manfaat daripada santun budi orang melayu. komen daripada lelaki dewasa cina tersebut ialah pembinaan menara tersebut akan menyebabkan keadaan traffik akan semakin teruk dan akan menjejaskan bisnes mereka yang telah bertapak disitu. komen saya adakah sekarang PETALING STREET tidak sibuk? bukankah mereka juga menyebabkan aliran traffik menjadi tidak menentu. Perkara yang paling dikhuatiri ialah bisnes terjejas. Merasakan bahawa peniaga bumiputera yang akan berniaga disitu mungkin mampu mengancam mereka maka mungkin itulah yg menyebabkan dia mengeluarkan pendapat sedemikian. seorang "nyonya" pula tidak suka dengan cadangan berikut dan berpendapat bahawa banyak lagi banggunan yang boleh disewakan untuk berniaga. walaupun nyonya tadi tidak menyatakan bahawa MENARA WARISAN adalah tempat @ peluang utk melayu dan bumiputera berniaga. namun jelas kegusaran bahawa MENARA WARISAN mampu menjadi lawan PETALING STREET. tambahan pula dalam P.A.U 2010 YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa inilah masanya bangsa melayu perlu menjadi lawan yang kuat. mampu bersaing dengan hebat dan membuktikan kelangsungan bangsa dalam menempuh hari muka.

ayuh teruskan perancangan RAKYAT penyokong BN khususnya perlu didahulukan dan buktikan PENCAPAIAN dapat dilaksanakan.

Post a Comment