DR. ZULKIFLI MOHAMAD – PAS DAH TAKDA CALON LAIN DAH EH!!

PAS bina ni?


Sehari selepas Pas Kelantan mengumumkan calon PRK Galas yang akan ditandingi Dr. Zulkifli Mohamad buat kali ketiga di kawasan Gua Musang ini, nampak gayanya Pas masih berangan-angan ‘calon recycle’nya itu akan mendapat tempat dihati pengundi tempatan untuk sekian kali.

Majoriti pengundi tahu dan kenal Dr. Zulkifli kerana beliau pernah dua kali mencabar Tengku Razaleigh Hamzah bagi kerusi Parlimen Dua Musang pada pilihanraya umum ke 11 dan 12 yang lalu.

Yang pelik, kenapa Pas Kelantan seolah –olah masih berdegil untuk menerima ‘signal’ rakyat Gua Musang khususnya Dun Galas yang pernah menolak Dr. Zulkifly menjadi wakil rakyat mereka sebelum ini.

Pas sebelum ini dikatakan mempunyai beberapa nama berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon, termasuk seorang dikalangan pemimpin tempatan orang asli- yang akhirnya ‘kecundang’ menjadi calon.

Soalnya, adakah nama Pandak Panjang Ey, seorang jurutera yang juga ketua perhubungan orang asli tempatan dicanang semata-mata bertujuan memancing sokongan dan undi orang asli Galas?

Teori ini sememangnya tidak dapat dinafikan mana-mana pihak khususnya penyokong ‘tok-tok’ Pas kerana pengundi orang asli berjumlah 1,889 orang.

Selain Pandak, difahamkan terdapat beberapa nama lagi yang dikemukakan Pas Gua Musang tapi ianya tidak cukup ‘ummmpphh’ untuk menarik minat MB Nik Aziz memilih calon selain daripada Dr. Zulkifli.

Pas Kelantan sedar bahawa potensi mereka untuk memenangi PRK Galas kali ini mungkin tidak akan kesampaian tanpa melakukan ‘modus operandi’ yang luar biasa berbanding sebelumnya.
PAS bina ni ke juga?

Jika ingin dicanangkan kelebihan Dr. Zulkifli dari segi akademik dan sebagainya, taktik berkenaan telahpun digunakan dulu dalam dua PRU yang lepas, namun tidak cukup untuk memenangkan Pas dihati pengundi tempatan.

Biarpun di atas kertas, rekod menunjukkan undi yang diterima Dr. Zulkifli mengatasi Ku Li dengan kelebihan majoriti sekitar 300 undi pada PRU 12 di kawasan Galas, Pas menyedari bukan mudah untuk mereka mengekalkan momentum sokongan dulu di kala ini.

Jika dulu, kemenangan Dr. Zulkifli boleh dikatakan berkait rapat dengan angin perubahan tsunami politik 2008 yang merubah landskap politik negara, namun kini segalanya telah berubah.

Transformasi yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kerajaan mahupun parti pimpinannya baik UMNO dan Barisan Nasional kini semakin hari semakin diterima baik rakyat di semua peringkat secara menyeluruh.

Peningkatan sokongan kepada UMNO dan BN bukan hanya dirasai di negeri yang dikuasai BN, bahkan angin perubahan telah bertiup kencang di negeri yang dipimpin pakatan pembangkang khususnya Selangor, Perak dan Kedah.

Di atas percaturan bijak Datuk Seri Najib, dan krisis dalaman dikalangan ADUN dan MP pembangkang, akhirnya menjurus kepada perubahan sikap dan penerimaan rakyat biarpun pembangkang acap kali menafikan kenyataan ini.
Kalu ni pun bukan PAS yang bina, apa yang PAS bina untuk rakyat GALAS?

Adat orang kalah, pembangkang menuduh BN ‘main kotor’ sehingga menyebabkan BN kembali berkuasa di Perak. Namun, senario kini semakin berubah dan rakyat Perak menerima baik kepimpinan BN sekaligus membawa kepada kesejahteraan rakyat.

Yang pasti, Slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ Datuk Seri Najib semakin mendapat kepercayaan rakyat dan momentum sokongan kepada BN ini dijangka akan memberi kesan dan penentu kepada keputusan pengundian Dun Galas 4 November depan.

Menyedari pembangkang ibarat ‘cacing kepanasan’ dalam usaha mengekalkan Dun Galas, Pas Kelantan dilihat semakin terdesak mendekati pengundi ekoran prestasi bekas Adun Pas, Allahyarham Che Hashim Sulaima dilihat gagal membawa perubahan besar yang diharapkan rakyat khususnya dari aspek pembangunan infrastruktur dan lain-lain.

Menurut sumber, wujud  kemungkinan Pas Kelantan akan secara halus menggunakan pengaruh istana dalam usaha meraih simpati dan sokongan pengundi Galas. Wallahu a’lam..

Langkah ini disifatkan ‘peluru terakhir’ Pas Kelantan yang dilihat bijak mengeksploitasi senario politik tempatan demi mencapai cita-cita politik mereka.

Pas dilihat lebih awal menggerakkan jentera mereka berbanding jentera BN, namun ini tidak menjamin bahawa pengundi Galas masih berminat mengundi Pas selepas harapan menggunung mereka selama dua tahun dipimpin Pas tidak membawa perubahan yang diharapkan.

Justeru, wahai pengundi Galas janganlah kiranya anda mudah terpengaruh dengan strategi politik ‘desperado’ Pas yang sedar akan pengaruh Ku Li dengan cuba menggunakan pengaruh istana demi kepentingan politik sendiri.

Apa salahnya kali ini pengundi Galas memberi peluang kepada BN untuk merubah wajah Galas ke suatu tahap lebih baik setelah Pas terbukti gagal membawa aspirasi yang diharapkan rakyat.

Dengan memenangkan calon BN, pengundi Galas tidak akan rugi kerana keputusan ini akan memudahkan Kerajaan Pusat menyalurkan bantuan dan projek ke Galas sekaligus meningkatkan produktiviti dan peningkatan taraf hidup masyarakat.

Sesiapa pun yang akan diumumkan calon BN 24 Oktober ini oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, berilah sokongan padu demi kepentingan masyarakat Galas. Hindarilah pertelingkahan dalaman,rapatkan silaturahim dalam bermasyarakat, kerana hanya kuasa politik sahaja menjadi penentu nasib generasi kita di masa depan! Insafilah nasib kita! Dan beranilah untuk berubah!

Post a Comment