Rocky Bru 'SERANG' Rais



Kenyataan Rocky Bru dalam artikelnya yang cuba mengaitkan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan keluarganya terlibat dalam melobi tender kepada salah sebuah syarikat pengendali rangkaian jalur lebar, dikecam banyak pihak yang menyifatkan kenyataan semberono Rocky tanpa disokong oleh bukti sedikit sebanyak mencalar kredebilitnya sebagai pengamal media disegani.

Walaupun apa yang dikatakan oleh Rocky itu berupa khabar angin, beliau tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggung jawab hanya kerana kebebasan bersuara sehingga mencalar imej, lebh-lebih lagi apabila melibatkan seorang menteri kanan seperti Datuk Seri Rais Yatim.

Datuk Seri Rais Yatim dalam kenyataan balasnya turut membuat penafian melalui satu kenyataan akhbar yang dihantar ke akhbar Malay Mail (tempat di mana Rocky bekerja) untuk menafikan segala tuduhan yang dibuat ke atas diri beliau.

Malah satu laporan polis akan dibuat oleh Datuk Rais Yatim untuk membersihkan nama beliau yang kini mula menjadi sasaran dan cemuhan orang ramai menerusi komen-komen dalam artikel yang ditulis oleh Rocky dalam blog beliau.

Rocky sepatutnya meneliti kebenaran sesuatu isu sebelum membuat sebarang ulasan. Memang mudah untuk menuduh seseorang tidak kira lah sama ada ia benar atau sebaliknya tetapi ia mestilah disertakan dengan bukti.

Sebagai pengamal media, semestinya Rocky faham dan perlu melakukan semakan berulang kali terutama apabila membabitkan fakta bagi menyokong bukti penulisan beliau sebelum beliau benar-benar pasti untuk disiarkan.

Difahamkan isu yang pada mulanya diterbitkan di dalam laman blog bigdogdot.com itu juga adalah hasil daripada maklumat daripada Rocky sendiri. Beliau kemudian memetik laporan blog bigdog untuk mengelak diri beliau dipersalahkan di atas kenyataan yang tidak disertakan dengan bukti kukuh dan meyakinkan.

Malah ada juga pihak yang menganggap tindakan Rocky mencetuskan isu tersebut lebih bersifat peribadi kerana tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Rais Yatim sejak dulu lagi.

Post a Comment