Tarif Air Kedah Naik : Nak tuduh sapa?

Ayaq Paip Besi - Harga Serupa PEPSI. SADA = Syarikat Ayaq Datuk Azizan. Awat Lagu Tuuu


Malang sekali, ‘orang politik’ apabila kita mengkritik tindakan parti mereka, mereka akan menjawab ‘parti lawan lebih teruk’, atau ‘parti lawan buat tak apa, kenapa kami tak boleh?!’ dan apabila berlaku kenaikkan harga jawapan standard akan diberikan kerajaan terdahulu menyebabkan kenaikan. Takda ke jawapan kami yang luluskan walaupun baru hanya 2 tahun mentadbir negeri? Mengaku jerla tak pandai nak tadbir. Susah sangat nak mengaku kesalahan diri sendiri. Macamla PAS Kedah tew maksum sangat sampai tak pernah buat salah. Selalu buat salah aku nampakla. Nah! korang baca sendiri sandiwara politik nie. Jawapan standard!



ALOR SETAR — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mempertahankan pendiriannya menyalahkan kerajaan negeri terdahulu berhubung kenaikan tarif air di negeri itu oleh Syarikat Air Darul Aman (Sada) mulai bulan ini.
Beliau mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini adalah penyebab utama kerajaan negeri pimpinannya terpaksa menanggung beban hutang dengan kerajaan pusat sebanyak RM1.7 bilion.
“RM1.7 bilion itu meliputi keseluruhan hutang yang ditanggung kerajaan negeri melalui projek air, perumahan dan projek di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech, dan bukannya hutang projek bekalan air bersih,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di kediaman rasminya di sini hari ini.
Azizan mengulas kenyataan Ketua Pembangkang yang juga bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam bahawa beliau cuba memutarbelitkan fakta untuk merasionalkan keputusan kerajaan negeri menaikkan tarif air sebanyak 27 peratus mulai Jumaat lepas.
Sebelum ini, beliau mendakwa kenaikan tarif air tersebut berpunca daripada penstrukturan semula industri air yang dilaksanakan kerajaan pusat pada 2006, bertujuan menyelesaikan pinjaman oleh kerajaan negeri berhubung bekalan air.
Pada sidang akhbar hari ini, Azizan berkata kenaikan tarif air tersebut juga perlu dilaksanakan kerana kerajaan negeri terpaksa membayar kepada dua syarikat pengendali rawatan air di negeri itu, Taliworks Sdn Bhd dan Air Utara Indah Sdn Bhd.
“Di Langkawi, kerajaan terpaksa membelanjakan RM39 juta setahun untuk membayar kepada Taliworks. Namun kerajaan negeri hanya memperoleh RM14 juta sahaja kutipan daripada pengguna, dan kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM25 juta lagi bagi membiayai kos rawatan air yang dilakukan oleh syarikat berkenaan.
“Ia sama bagi Syarikat Air Utara Indah yang mengenakan caj sebanyak 18 sen bagi satu meter padu air, namun kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kerugian sebanyak 48 peratus ekoran air tidak sampai kepada pengguna 100 peratus,” katanya.
Beliau berkata ini disebabkan masalah paip yang menyalurkan air ke kediaman rosak, dan sedang diperbaiki oleh kontraktor terbabit.
BERNAMA

Post a Comment