Alor Setar : Walaupun umum tahu bahawa bandaraya Alor Setar ditenggelami air dan kawasan sekitar utara semenanjung berhadapan dengan masalah banjir, namun disesetengah kawasan yang tidak ditenggelami air mengalami krisis air yang teruk.
Menurut sumber, air ditutup bagi mengelakkan merebaknya jangkitan kuman kepada pengguna. Namun apa yang menarik perhatian aku, penghantaran air dilakukan secara tidak sistematik membuatkan rakyat panik.
Bagi kawasan taman sekitar Kota Setar, mereka menerima bantuan air yang dihantar menggunakan lori pada jam antara 11.30 malam hingga jam 3.00 pagi.
Rungutan penduduk adalah, walaupun air dihantar pada jam lewat malam, namun kuantiti untuk diagihkan tidak mencukupi.
Ada yang bangun berjaga, tapi hasilnya hanya 2 baldi air saja 1 hari. Itu kira bernasib baik, ada penduduk yang langsung berputih mata kerana gagal mendapatkan air dek kerana air yang dihantar oleh lori tidak mencukupi.
Apa yang merisaukan aku adalah ditakuti berlaku perebutan dan pergaduhan antara penduduk yang gagal mendapatkan air.
Setakat semalam ada juga yang kedengaran ditelinga aku penduduk menyatakan tidak puas hati apabila rumah A mendapat air yang banyak sedangkan rumah mereka gagal mendapat walaupun sebaldi air.
Post a Comment