Ostad Azizan Jenoh bersilat bila ditanyakan bantuan kerajaan negeri kepada mangsa banjir di Kedah


Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak enggan menjawab soalan berkaitan dakwaan bahawa kerajaan negeri lemah dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu.


Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri 
di Wisma Darul Aman di sini hari ini, beliau meminta media bertanyakan soalan mengenai bantuan banjir itu kepada Majlis Keselamatan Negeri.

"Nak tau apa-apa, tanya MKN, depa (mereka) buat keputusan (mengenai bantuan) di Kedah, saya tak tahu,” katanya pada sidang berita selama tiga minit itu. 
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerajaan Pas Kedah tidak melepaskan tanggungjawab membantu mangsa banjir di negeri itu kepada kerajaan pusat semata-mata.                                                                                                               Bernama
GHOSTWRITER
Jelak aku tengok bila insan bernama Ostad PAS mengamuk depan media bila ditanyakan mengenai jenis bantuan yang bakal diberikan  oleh kerajaan negeri Kedah kepada mangsa banjir. Takcukup dengan tuduhan sana sini semua salah kerajaan BN terdahulu menjadi punca Kedah dilanda banjir, Ostad PAS ni siap blah macamtew jer sebab dah kelu, taktau apa nak jawab dengan media yang bertali arus menyoal berkenaan bantuan tersebut.

Apapun aku teringat ungkapan Ostad PAS yang pernah mengungkapkan bahawa Allah telah turunkan bala kepada negeri yg kuat sokong UMNO semasa banjir besar di Johor...tetapi kini 'bah' besar pulak berlaku di negeri Kedah...adakah ia juga bala atau sebenarnya ujian drpd Allah.... Sedarlah wahai pemimpin Islam, janganlah semua perkara nak dipolitikkan..ingatlah setiap yg terjadi itu ada hikmah disebaliknya dan kita semua hanya mampu berdoa...Apapun banjir dah melanda Kedah, tak reti-reti lagi ke kerajaan negeri nak turun bagi bantuan kepada semua? Bukan pada toktok PAS saja, kerana itu semua kerja wakil rakyat, bukan takat pungut hasil dan mentadbir saja sampai lupa bantuan diperlukan segera. 

Mana dia unit amal yang senantiasa membantu bila kempen pilihanraya? Mana dia wang derma dikala undi rakyat diperlukan segera? Mana dia yang dislogankan sebagai "Kedah Sejahtera"?

Post a Comment