ADUH!! C!L@K@ Naik Lagi!! B@B! Betul Kerajaan BN!!


Biasanya, setiap kali harga sesuatu barang naik, khasnya di negara membangun yang mengamalkan sistem demokrasi, ada kumpulan rakyat yang mengambil kesempatan. Mereka yang sering mendakwa membela hak rakyat, mengatur langkah untuk memburukkan keadaan. Mereka menjadikan isu kenaikan harga barang sebagai isu politik. Bagi mereka, kenaikan harga barang memberi ruang untuk mencari kelemahan kerajaan dan membolehkan mereka melancarkan serangan. Bagi pembangkang, mereka juga tahu bahawa tidak semua kenaikan harga barang boleh dijadikan senjata untuk menyerang. Mereka tahu kenaikan harga barang berlaku di seluruh dunia. Dalam senario politik hari ini mereka sangat berharap kerajaan menaikkan harga minyak kerana sedar kesan kenaikan harga komoditi itu akan bertali arus menjadi punca kenaikan harga barang dan perkhidmatan lain. Ini termasuk setiap harga barang yang ada kaitan dengan kos tenaga seperti tarif elektrik, tambang pengangkutan, harga barangan kilang dan sebagainya. Harga ikan dan sayur-sayuran juga akan naik. Itulah sebabnya seboleh mungkin kerajaan cuba mengelakkan sebarang kenaikan harga. Tetapi, keadaan ini sebenarnya akan lebih memburukkan keadaan.

Jika disemak satu persatu harga barang yang berada di pasaran, tidak ada satu barang atau perkhidmatan pun yang terus kekal dari dulu berbanding harga hari ini. Setiap barang dan perkhidmatan sudah menempuh kenaikan harga tanpa dikaitkan dengan harga minyak. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan berlaku kerana ia adalah satu proses pemodenan yang ada kaitan faktor pasaran, penggunaan teknologi, mutu barangan dan sebagainya. 

Jika 50 atau 60 tahun lalu harga sepasang kasut berjenama dalam anggaran RM50, kemudian 20 atau 30 tahun berikutnya naik kepada antara RM100 atau RM200 sepasang, hari ini jenama kasut yang sama dijual dengan harga RM300 hingga RM400 sepasang. Tidak ada sesiapa pun bising. Hari ini, anak-anak memakai kasut sukan berharga RM400 adalah perkara biasa. Ia menjadi bahan koleksi. Begitu juga dengan harga pakaian yang sudah naik beratus peratus kali ganda. Harga jeans berjenama popular original dulu hanya berharga RM50 sekarang melebihi RM260 sehelai. 

Begitu juga dengan harga kereta. Dulu sebuah kereta biasa boleh dibeli dengan harga di bawah RM20,000 sebuah, hari ini paling murah pun dalam anggaran RM40,000 dan RM50,000 sebuah. Kenaikan harga seperti ini tidak akan menyebabkan orang berdemonstrasi. Ia mungkin kerana orang ramai mempunyai banyak pilihan. Jika pakaian, mungkin kerana ada jenama lain yang jauh lebih murah. Pakaian tidak perlu dibeli setiap hari. Boleh dikatakan semua barang dan perkhidmatan sudah melalui proses kenaikan harga. Sebungkus kacang pun dijual dengan harga RM2 hari ini yang dulunya hanya beberapa sen. 

Jika seikat kangkung atau pucuk paku dijual 20 sen sebelum ini, sekarang harganya sudah meningkat lebih RM1 seikat. Dulu tambang bas bandar, malah di Kuala Lumpur sekali pun, hanya beberapa puluh sen, sekarang tidak kurang daripada RM1 untuk satu perjalanan yang dekat. Bezakan tambang teksi hari ini dan 20 tahun lalu. Dulu hanya seringgit atau 65 sen saja boleh menonton ‘cheap matinee’, sekarang tidak kurang daripada RM10 untuk menonton wayang. Harga perkhidmatan tukang gunting, tukang jahit, tukang urut kampung dan lain-lain juga sudah meningkat. Begitu jugalah dengan harga perabot, sewa hotel, rumah dan sebagainya yang tidak begitu menjadi perkara yang diheboh-hebohkan. 

Mereka mempunyai pilihan untuk membelinya atau tidak, menggunakan perkhidmatannya atau tidak. Kalau dulu ibu bapa boleh memberi belanja sekolah anak-anak mereka hanya beberapa puluh sen, sekarang kalau RM2 pun, anak-anak mereka hanya boleh makan sebungkus nasi lemak kosong dengan minum kopi yang dibekalkan dari rumah. Meskipun berlaku kenaikan harga barang dan perkhidmatan, ia diterima kesan peningkatan taraf hidup rakyat. 
Propaganda saja....tapi mampukah kita menghalang kenaikan?


Kenaikan harga barang dan perkhidmatan bermakna berlaku kenaikan pendapatan. Kadang-kadang kenaikan harga barang termasuk barang binaan, tidak menampakkan industri pembinaan kian lemah. Bangunan terus dibina, malah lebih besar dan tinggi, permintaan rumah terus meningkat walaupun harganya melambung. Selain rumah kos rendah yang dibina kerajaan dan agensi kerajaan, sudah tidak ada lagi rumah di bawah RM100,000. Dalam sektor perkhidmatan, contohnya kemudahan kesihatan, ramai yang mengeluh kerana kos rawatan dan perubatan yang terlalu tinggi dan dianggap sebagai eksklusif untuk orang kaya. 

Anehnya, hospital swasta terus dibina yang menunjukkan ia mendapat sambutan yang besar daripada rakyat. Walau setinggi mana sekali pun kos ditetapkan, orang ramai terus mendapatkan perkhidmatan di hospital swasta. Mereka tahu kos pembinaan hospital, peralatan canggih dan moden yang tinggi dan gaji doktor dan kakitangan hospital yang perlu ditanggung oleh pengurusan hospital. 

Sebenarnya, apa yang berlaku ini adalah lambang kemakmuran dan pemodenan. Lebih tinggi penerimaan seseorang terhadap pemodenan, lebih tinggilah corak gaya hidupnya.
Segala ini berlaku berasaskan kepada faktor ekonomi – permintaan mempengaruhi pasaran khasnya dalam ekonomi terbuka. Bagi yang kurang mampu, mereka mendapat perkhidmatan daripada hospital dan klinik kerajaan.

Rakyat Malaysia sebenarnya sudah melalui proses pemodenan. Proses ini berlaku di kebanyakan negara membangun selain di negara maju. Jika pergi ke negara maju, setiap orang akan berasa apa saja yang mereka makan atau perkhidmatan yang mereka gunakan adalah mahal.

Seseorang perlu membayar harga beberapa kali ganda daripada harga di tempat mereka dengan mengambil kira perbezaan nilai wang negara berkenaan. Sebaliknya, bila berada di negara membangun yang lain atau negara-negara mundur, mereka berasa harga barang dan perkhidmatan, terlalu murah pula. Di negara-negara seperti ini mereka menjadi seperti orang kaya dan berbelanja mewah.
Yang ada cuma dalam paper Haprak Daily, Suara Liwat dan Roket ke bulan

Malaysia dalam proses ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju. Ini bermakna pendapatan rakyat juga akan tinggi. Setiap perkhidmatan akan dibayar dengan harga yang tinggi dan mementingkan kualiti. Untuk mencapai tahap itu memerlukan perubahan drastik dari segala segi bermula dengan pemikiran baru, cara bekerja, sikap dan sebagainya. Satu perkara yang akan berlaku ialah sedikit demi sedikit ia pengurangan pergantungan kepada subsidi kerajaan. Untuk maju, subsidi tidak mempunyai kolerasi dengan kemajuan atau pemodenan. Subsidi adalah lambang kemunduran kerana ia menandakan masih wujud elemen pergantungan.

Post a Comment