Demontrasi : Mengapa Mesti Di Masjid? Mana Kaum Lain?


Saya terpanggil untuk berkongsi sebuah rencana yang agak menarik untuk kita renungi. Rencana yang ditulis oleh JEFRI ZACHARIAH dari Malaysia-Instinct ini sedikit banyak mampu membuka fikiran orang Melayu dan mengapa bangsa kita selalu diperbodohkan oleh orang lain. Baca tulisan menarik beliau : APA SUDAH JADI dengan orang Islam? Itulah persoalan yang bermain di benak saya apabila melihat majoriti mereka yang hadir dalam perhimpunan haram semalam di Masjid Negara. Pada mulanya saya membayangkan bahawa perhimpunan haram ini akan dihadiri oleh rakyat Malaysia berbilang kaum yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tariff air. Malangnya apa yang saya bayangkan tidak kesampaian.

Nampak sangat orang Islam telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menjerit di masjid. Nampak sangat pihak tertentu ini bukan sahaja mahu mempergunakan orang Islam tetapi juga mengganggu orang Islam lain yang hendak beribadat. Pernahkah kita terfikir kenapa setiap kali demonstrari haram mahu diadakan, lokasi di sekitar Masjid Negara akan menjadi pilihan. Umum mengetahui lokas tersebut sememangnya tumpuan orang Islam untuk menunaikan solat, bertasbih dan bertahmid.

Kalau benar demonstari ini disokong oleh semua kaum seperti yang diwar-warkan oleh parti pembangkang kenapa hanya orang Islam sahaja yang nampak beria-ia untuk menyertainya. Mana pergi kaum-kaum lain? Kenapa tidak saja memilih lokasi-lokasi seperti gereja, kuil atau kawasan sekitar tokong? Mungkin sebab tempat beribadat ini dipunyai oleh bukan Islam maka ia tidak boleh diganggu.

Untuk rekod, perhimpunan oleh mereka yang membantah kenaikan 37 peratus tarif air di Selangor semalam anjuran kumpulan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu menjadi antara punca utama kesesakan kerana para penyokongnya berhasrat untuk berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara. Kumpulan itu memilih Masjid Negara untuk berkumpul bagi mengelakkan pihak berkuasa membuat tangkapan, malangnya dalam masa yang sama ia telah menjejaskan aktiviti dan ibadat orang ramai di masjid itu.

Tindakan hampir 4,000 orang yang membantah kenaikan tarif air itu memburukkan lagi kesesakan laluan utama di ibu negara apabila mereka cuba berarak ke Istana Negara, walaupun polis telah melakukan pancutan air bagi meleraikan perhimpunan. Situasi yang semakin tidak terkawal itu memaksa pihak polis menutup beberapa jalan utama ke ibu negara dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Seramai 48 individu termasuk seorang ‘Yang Berhormat’ ditahan kerana cuba berarak ke Istana Negara dan dijangka dibebaskan dengan jaminan polis lewat petang semalam. Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967. Paling mengecewakan, kumpulan terbabit bukan saja tidak mematuhi arahan pihak berkuasa malah bertindak agresif dengan membaling batu ke arah anggota polis yang mengawal keselamatan.

Bagi saya, mereka yang menyertai demonstrasi tersebut bukan sahaja telah dikuda-kudakan oleh pihak lain tetapi juga telah mencemar kesucian agama Islam. Inilah niat jahat pemimpin bukan Islam parti pembangkang, mengajak orang Islam berdemonstrasi dan memilih lokasi tumpuan orang Islam. Kalau mereka betul-betul mahu berdemonstrasi kenapa tidak memilih kawasan-kawasan yang dikuasai oleh oleh bukan Islam? Malangnya pemimpin Islam parti pembangkang juga terikut-ikut kehendak rakan-rakan mereka. Nasihat saya, jika anda berani, lain kali kalau mahu berdemonstrasi pilihlah stadium atau pun pergi ke Jalan Petaling. Fikir-fikirkanlah.

GHOSTWRITER

PR adalah parti dua keluarga (PKR keluarga anwar & DAP keluarga Lim, karpal serta Ngeh dan Ngah) dengan satu pihak lagi (PAS) sekadar menjadi pak turut atau kuda tunggangan. Untuk itu, bagi sebarang demontrasi, kuda tunggangan PR akan dipergunakan untuk merintih simpati.....Persoalannya mana cina DAPig dan India PKR ketika ini?

Post a Comment