Fikir-Fikirkan : Orang Melayu Jangan Hanya Bersatu Dalam Bolasepak


Saya cukup gembira malam tadi bila melihat rakan-rakan sebangsa saya yang sebelum ini bermasam muka boleh duduk semeja dan bergembira bersama.


Ternyata bolasepak telah menyatukan mereka semula.


Sebelum ini masing-masing tidak bertegur sapa dek hanya kerana pandangan politik yang berbeza.


Persoalannya sekarang, takkan kita hanya hendak bersatu bila ada perlawanan bolasepak?


Kita kena ingat, hari ini semangat kebangsaan orang Melayu semakin luntur dan kemampuan mereka menghadapi cabaran sudah menurun.


Kerana perpecahan, kuasa politik semakin susut.


Orang Melayu mencari perlindungan daripada kuasa politik, tetapi kerana perpecahan, kuasa politik Melayu mungkin tidak sekuat dahulu.


Jika tidak dibendung secara tegas, jika tidak dicegah secara berani, satu hari kuasa politik Melayu boleh luput sama sekali.


Sedarlah...masyarakat Melayu tidak mempunyai alternatif baik yang dapat menggantikan peranan UMNO dari segi pengalaman dan kematangan, memimpin sebuah kerajaan yang mendapat keyakinan rakyat pelbagai kaum, pelbagai agama, pelbagai budaya dan pelbagai bahasa.


Melaksanakan secara efektif formula perimbangan kuasa pentadbiran bukan boleh dicuba-cuba.


Negara menghadapi risiko besar jika mahu dijadikan satu makmal politik untuk membuat eksperimen formula kimia politik yang baru.


Ujian asid sedemikian mungkin membawa kepada satu `explosion', satu ledakan politik yang boleh membawa kemusnahan.


Sebarang kekacauan yang berlaku di bumi ini akan hanya membuka pintu, memberikan justifikasi, membolehkan campurtangan kuasa asing yang sedang bernafsu ghairah, bagai helang yang cepat mahu menyambar mangsa, maka direbut kesempatan untuk campurtangan dalam urusan negara lain.


Kita kena sedar yang orang Melayu belum cukup kuat. Melayu bukan terlalu ramai bilangannya.


Melayu masih belum berada di hadapan malah belumpun setanding dengan kaum-kaum lain dari segi penguasaan ilmu, perniagaan, perdagangan, ekonomi dan sebagainya.


Jangan leka semata-mata kerana pimpinan kerajaan dan perkhidmatan awam dikuasai oleh Melayu.


Jangan ingat kuasa Melayu dalam arena politik boleh kekal selama- lamanya.


Semoga perlawanan bola yang berakhir malam tadi bukanlah petanda berakhirnya kesatuan antara kita.


Ingat, kalau kita terus berpecah, jangan terkejut jika satu hari nanti kita merempat di bumi sendiri.


Tepuk dada tanya selera!


GHOSTWRITER :
Rasa tak puas tonton semalam? Nah tengok lagi, Wayne Rooney Malaysia!!

Post a Comment