Anwar Ibrahim Tetap Menjadi Ketua Pembangkang??
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menjadi Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung dari Parlimen selama enam bulan, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata majlis pimpinan membuat keputusan itu sungguhpun ketika ini DAP mempunyai jumlah kerusi paling banyak dalam Dewan Rakyat. “Saya yakin konvensyen ini akan diadakan di Putrajaya tahun depan tetapi kita tidak akan ke sana tanpa tanpa Anwar,” tambah beliau dalam ucapannya kepada perwakilan Pakatan Rakyat.
Dalam pada Anwar di angkat di Konvensyen Pakatan Rakyat, DAP dilihat bijak mengatur langkah pertamanya dalam memastikan mereka berjaya memimpin negara ini. Buktinya DAP perlu membuat penjelasan mengenai maklumat yang diterima Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew berkenaan keterlibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti liwat seperti didedahkan WikiLeaks baru-baru ini.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, ini kerana DAP diketahui umum sebagai rakan politik rapat kepada kerajaan PAP Singapura, yang antaranya diasaskan oleh Kuan Yew pada 1954.
Katanya, tambahan pula segala perincian kes itu berada dalam genggaman Pengerusi DAP, Karpal Singh yang turut bertindak sebagai peguam bela utama Anwar dalam kes liwat yang sedang dihadapinya.
"Ramai rakan-rakan memberitahu maklumat kes liwat Anwar yang ada dalam genggaman DAP melalui Karpal sudah tentu disalurkan kepada Kuan Yew seperti yang dipetik WikiLeaks.
"Jika benar, ini membuktikan DAP berkonspirasi dengan PAP dalam memanipulasi Anwar bagi mencapai matlamat akhir mereka untuk menguasai politik tanah air melalui sokongan Melayu dan Anwar hanyalah platform,"
Hamidzun yang juga Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin semalam, yang menyifatkan Anwar sebagai 'tunggangan' DAP.
Menurut Zulkifli, Karpal sendiri yang kini menjadi peguam bela utama Anwar pernah membangkitkan isu kegiatan homoseksual itu di Parlimen pada 22 Oktober 1997 dan mengulangi dalam satu majlis terbuka anjuran DAP pada tahun yang sama. Bukti disini.
Katanya, mengikut laporan hansard Parlimen, Karpal ketika itu telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar yang ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
"Justeru saya menuntut DAP supaya memberi penjelasan sama ada maklumat yang saya terima ini benar atau tidak," tegasnya.
Bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip pula berkata, kerjasama di antara PKR dengan DAP dalam usaha mereka untuk membentuk kerajaan adalah berbahaya ke atas Perlembagaan Persekutuan.
Jelas beliau, ini kerana pakatan pembangkang sering mempersoalkan perkara-perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan seperti hak keistimewaan Melayu yang dilihat amat sensitif kepada asas kemakmuran Malaysia.
"Sudahlah DAP dan PKR giat mahu menghapuskan keistimewaan ini (Melayu), Pas pula melalui (Mursyidul Amnya) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup 'menjual' kalimah Allah, inikah bentuk kerajaan yang kita mahukan?" tegasnya.
sumber disini.
GHOSTWRITER
Jika DAP mempunyai kerusi terbanyak dalam Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, mana mungkin DAP akan berdiam diri? Kerana matlamat DAP sudah semakin hampir dengan kejayaan untuk memimpin negara
Post a Comment