Tenang : Antara Dua Chua, Siapa Lebih BERPENGARUH?

DUN Tenang merupakan salah sebuah DUN yang berada dalam Parlimen Labis. Labis merupakan Kubu Kuat BN melalui parti komponennya yakni MCA yang dulunya diterajui oleh Chua Soi Lek. Kini anak Chua Soi Lek, Chua Tee Yong pula mewakili Parlimen Labis. Melalui PRK DUN Tenang ini, maka bolehla kita melihat antara dua Chua, siapa lebih berpengaruh?

Disamping pengaruh antara dua Chua, kita juga perlu melihat antara calon yang bakal dipertandingkan oleh PAS dan BN di kawasan DUN Tenang ini.


Bakal Calon PAS 


Dato' Dr. Hj. Mahfodz Mohamed
Merupakan Ahli Majlis Syura PAS Pusat, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dan Pengerusi dan Pengetua, Maahad Tahfiz Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Muar, Johor.






Mazlan Aliman
merupakan anak jati dari Kulai , Johor yang juga kaki fitnah Felda. Mazlan cukup terkenal dikalangan ahli PAS Johor dan namanya sentiasa meniti di dada akhbar harakah , portal pembangkang dan juga blog2 . Tidak mustahil kaki hasut peneroka ini akan diletakkan sebagai calon kerana sumbangan cukup besar kepada PAS bagi mempergaruhi golongan peneroka .


Md Saim Siran
Merupakan YDP PAS Kawasan Labis. Tentunya banyak sumbangan yang ditaburkan terutamanya terhadap orang-orang PAS. Penah bertanding mewakili PAS namun tumpas dengan 2,492 UNDI.


Bakal Calon BN


Tuan Haji Rusdin Mahmud
Merupakan seorang Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Desa Temu Jodoh, Chaah. Beliau juga turut menyandang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labis




Haslina Binti Saleh
Bermula dengan Setiausaha Puteri Bahagian Labis, seterusnya Ketua Puteri Bahagian Labis dan kini merupakan Ketua Wanita Bahagian Labis.


Mohd Azhar Ibrahim
Merupakan Penolong Pegawai Daerah Rengit dan Ahli biasa UMNO Bahagian Labis.


GHOSTWRITER : Agaknya siapa yang bakal dicalonkan yer?

Post a Comment