KaBOMM!!! CheguBard Keluar PKR??



Menurut maklumat yang baru diterima daripada sahabat dari Pulau Pinang, dijangka Chegubard akan mengadakan sidang media tergempar jam 11.00 pagi ini bagi menolak jawatan Timbalan Setiausaha PKR yang ditawarkan kepada beliau.

Malah ini hari juga dilaporkan bahawa Setiausaha AMK Pulau Pinang iaitu Syed Mikael meletakkan jawatan beliau di dalam parti itu sebagai tanda protes terhadap Shamsul Iskandar dan kepimpinan PKR.

Beliau juga menyatakan bantahan kehadiran Shamsul Iskandar sebagai salah seorang penceramah di Ekspo Muda Seberang Jaya.

Ini kerana Shamsul Iskandar Kemetot masih lagi dalam siasatan JPP. AMK Pulau Pinang juga menurut maklumat yang diterima tidak mengiktiraf Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK Pusat ekoran isu pemilihan PKR tempoh hari yang dikatakan berlaku ketidak-telusan. 

Post a Comment