Liu Tian Khiew atau nama orang putihnya Ronnie Liu hari ini menangguhkan larangan logo 1Malaysia yang dikatakan bermotif politik. Namun Cafe Roket United tidak pula disebutkan sebagai motif politik. Ini kerana DAP yang berkuasa dalam agensi penguatkuasa tempatan dalam Selangor. Yang Menghairankan takde pula cafe Parti Aljuburi dan Cafe Bulan Purnama yang tumbuh kat Selangor.
|
Terang-terang BERMOTIFKAN POLITIK DAP... |
|
Siap ada muka LGE |
Kerajaan Selangor menangguhkan pelaksanaan melarang kesemua majlis-majlis tempatan meletakkan logo 1 Malaysia sebagai bahan iklan dipremis perniagaan sehingga notis selanjutnya.
Exco Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri Selangor Ronnie Liu dipetik berkata, penanggguhan ini dibuat berikutan kekeliruan mengenai takrif logo 1 Malaysia yang disifatkan sebagai propaganda Barisan Nasional pada bahan iklan.
"Masih terdapat perkara yang samar-samar tentang apa dianggap sebagai aksi penarik publisiti oleh BN dan apa yang bukan," kata beliau memetik laporan portal Malaysiakini.
Menurut Ronnie, banyak majlis-majlis tempatan masih kurang jelas tentang bentuk pengiklanan yang dilarang.
Beliau menambah, satu kajian semula akan dibuat pada mesyuarat exco negeri Selangor selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kembali dari percutian dijangka pada awal Januari depan.
"Buat masa sekarang saya cadangkan agar semua majlis tempatan menangguhkan dahulu penguatkuasaan menurunkan logo 1 Malaysia," ujar Ronnie yang bagaimanapun melahirkan rasa terkejut apabila diberitahu bahawa Majlis Daerah Sabak Bernam menguatkuasakan larangan itu sejak Jun tahun ini.
Post a Comment