Kenapa Mustafa Ali WARNING PAS jangan sebut ayat 'Negara Islam' dalam Konvensyen Pakatan Rakyat?


Persoalan yang masih menjadi perhatian ramai - sama ada DAP sanggup menerima perjuangan PAS untuk membina sebuah negara Islam di Malaysia?

Bagi Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh, jawapannya ialah “TIDAK”.

“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.

Karpal yang genap 70 tahun memberitahu, tidak pernah wujud kekeliruaan mengenai status Malaysia sebagai sebuah negara sekular.

“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.

Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam.

PAS yang kelihatan sudah berjaya menawan hati masyarakat bukan Islam sejak kebelakangan ini mendakwa DAP juga mula memahami dan menerima idea PAS untuk mewujudkan sebuah negara Islam.

Lain pula reaksi Karpal yang kelihatan terkejut apabila disebutkan bahawa PAS dalam ceramah-ceramahnya memaklumkan bahawa DAP sudah menerima konsep negara Islam secara perlahan-lahan dan menghormati pendirian PAS dalam hal itu.

Kedua-dua parti itu pernah menjalin kerjasama dengan mewujudkan Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999, tetapi gagal meneruskan jalinan ekoran isu negara Islam.

Apa yang membezakan kerjasama kedua parti ini ialah bersatu dalam mengetepikan musuh bersama iaitu Barisan Nasional.

“Buat masa sekarang, yang paling utama ialah mengambil alih Putrajaya daripada BN,” 

Apa akan berlaku selepas PR mengambil alih kerajaan persekutuan nanti?

Karpal mengakui bahawa beliau belum dapat melihat bagaimana PAS atau DAP boleh berkompromi dalam isu ini.

Jika DAP berkompromi, ia bermakna ia menerima Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan jika PAS berkompromi, bermakna ia menerima negara sekular dan ini akan bertentangan dengan prinsip mereka sendiri.

Pemimpin-pemimpin DAP masih meletakkan harapan bahawa PAS akan mengubah pendiriannya dalam isu negara Islam.

Tetapi kini terbukti sudah, yang PAS mula berkompromi dalam prinsip Negara Islamnya demi bersama-sama DAP.

Terfikir juga dakwaan PAS dalam ceramah-ceramahnya kononnya DAP sudah menerima konsep negara Islam secara perlahan-lahan. Namun sebaliknya yang berlaku.....

Post a Comment