Al-Juburi mahu ambil tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir??!! Ha! Ha!


 Anwar Ibrahim akan mengemukakan surat bagi menuntut permohonan maaf daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa akhbar berhubung pendedahan WikiLeaks mengenai tuduhan liwat membabitkannya. 
Peguam Anwar, SN Nair ketika dihubungi berkata, beliau menerima arahan daripada anak guamnya semalam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Dr Mahathir kelmarin.
Beliau berkata, selain permohonan maaf, pihaknya juga menuntut supaya Dr Mahathir menarik balik kenyataannya.
“Sebelum mengemukakan writ saman, kami akan menghantar surat tuntutan terlebih dulu. Sebarang tindakan lanjut sama ada memfailkan saman atau tidak bergantung kepada reaksi terhadap surat tuntutan berkenaan. 
“Pada peringkat ini kami masih lagi dalam proses perbincangan dan mengumpulkan maklumat dikemukakan sebagai bukti, ” katanya.                  BH
GHOSTWRITER
Hahahahaha!! Nak hantar surat tuntutan? Proses perbincangan? Kumpul Maklumat? Samanla Tun M kalu berani wahai Bang Nuar...Aku cabar Nuar buat kalu dia berani. 

Post a Comment