Khalid Gagap meroyan dengan 1Malaysia : Habis 1Selangor diHARAMKAN!!!


alt


Ramai orang yang bertanya, apakah kepentingan logo yang sebenarnya terutamanya di kalangan para peniaga

Jawapannya mudah saja. Kebanyakan usahawan yang berjaya diseluruh dunia kebiasaannya mencipta logo untuk sesuatu produk.

Kepentingan logo ialah untuk melambangkan kerja yang professional dan logo juga merupakan cara usahawan untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Tahukah anda, logo juga merupakan bentuk komunikasi di dalam bentuk visual.

Ia secara tidak langsung ini akan memberi kepastian dan keyakinan kepada pelanggan.

Tidak hairanlah jika kebanyakkan usahawan di dunia ini mencipta logo untuk sesuatu produk dan mencecah jualan produk berjuta-juta unit.

Satu lagi kelebihan logo ialah pelanggan akan mudah mengingati produk kita.

Contohnya bila saya sebut Mc Donald’s,Coca Cola,Pepsi dan sebagainya anda pasti akan terbayang logonya.

Justeru saya cukup tak faham apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor  mengeluarkan arahan yang melarang penggunaan logo 1Malaysia pada kain rentang dan papan iklan di negeri  tersebut.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Abdul Razak Jaafar berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

"Keputusan telah dibuat pada mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 28 September lalu dan dikuatkuasa baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sekumpulan orang ramai yang mengadakan perhimpunan aman kerana membantah tindakan MDKL mengarahkan sebuah premis serbaneka 24 jam menanggalkan logo 1Malaysia pada papan tanda perniagaannya.

Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 10.30 pagi itu diketuai pemilik premis berkenaan, K. Thiyagarajan dan turut dihadiri Pemuda MIC Selangor, Pemuda UMNO Kuala Langat dan UMNO Bahagian Kuala Langat.

Mereka membawa sepanduk antaranya tertulis 'Pakatan Rakyat Tindas Peniaga Demi Kepentingan Politik' dan 'MDKL, Ahli Majlis Larang Simbol 1Malaysia di Kuala Langat'.

Persoalannya, apa salah dan dosanya jika para peniaga hendak menggunakan logo 1Malaysia?

Untuk rekod, logo 1Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Logo 1Malaysia itu juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa.

Pendek kata, ia bukan satu logo yang bermotifkan politik.

Logo 1Malaysia milik kita semua!

Ia tiada langsung mengandungi ciri-ciri kepartian, baik unsur UMNO atau pun BN.

Janganlah kerana marahkan nyamuk, kelambu pula nak dibakar

Dalam hal ini, janganlah kerana benci kepada UMNO dan BN, logo 1Malaysia pula yang menjadi mangsa.

Pendek sungguh akal pemimpin politik PKR Selangor ini

Baru pegang setahun dua negeri Selangor, semua benda jadi haru-biru dan tunggang terbalik

Hinggakan logo 1Malaysia pun boleh  kecoh satu Malaysia dibuatnya.

Bangang, memang bangang!

Post a Comment