Motor pun naik motor-bot. Penduduk Kampung Biak A & B menaikkan motosikal mereka ke atas sampan untuk menyeberang sungai. Tak ada life jacket ataupun insuran nyawa nih...jika jatuh, jatuhlah... |
Bagaikan bermimpi, apabila terdengar akan kesenangan yang bakal dikecapi setelah sekian lama hidup menaruh kepercayaan kepada sungai untuk menuju ke sekolah, ke pekan, pasar minggu, hospital, dan sebagainya. Setelah hampir sekian lamanya rakyat ditipu oleh penipu-penipu berhemah dan berlesen, namun setelah episod penipuan ini membuat satu lagi tipu helah, ingin membina sebuah jalan penghubung iaitu gertok, ataupun jambatan, maka bagaikan suatu mimpi indah yang bakal dikecapi oleh penduduk di pedalaman ini.
Kawasan yang dimaksudkan ini ialah di Kaswan Kampung Biak A & B serta di Kampung Kandek, di dalam Dun Dabong, Parlimen Kuala Krai, juga di dalam Negara Malaysia.
Untuk makluman semua, Kampung Kandek merupakan sebuah kampung yang permai di Negeri Kelantan. Juga dikenali umum sebagai sebuah kampung Islamik, banyak program-program tarbiay dibuat di kampung ini. Terdapat sebuah sekolah Ugama Arab disini. Sejak dahulu lagi, anak-anak pelajar di kampung ini disekolahkan sejak kecil di sekolah agama tersebut. Jika dari segi geografi, Kampung Kandek memang teletak di kawasan pedalaman dan tidak ada jalan keluar masuk, kerana hanya satu jalan sahaja yang digunakan untuk masuk dan keluar dari Kampung Kandek ini. Seoalah-olah jika kita sampai di Kampung Kandek ini, ianya merupakan jalan mati, kita tidak dapat lagi memandu ke destinasi seterusnya, The End of Road.
Dipisahkan dengan sebatang sungai yang mashyur, Sungai Pergau, terdapat 2,3 buah kampung lagi di seberang sana. Kampung tersebut juga dihuni oleh manusia yang makan di pinggan, minum di cawan dan gelas, serta membuang air di jamban dan tidur di atas tikar serta katil. Mereka juga manusia seperti kita, bertutur bahasa Kelantan dan mempunyai nafsu untuk berumah tangga dan memiliki kemewahan sendiri.
Beberapa keping gambar di bawah ini adalah menunjukkan kawasan tempat untuk penduduk meninggalkan (parking) kereta mereka di Kampung Kandek. Perkhidmatan parking berbayar ini disediakan oleh penduduk Kandek untuk memberi kemudahan kepada penduduk Biak. maklumlah, kenderaan meraka tak boleh melintasi air.
Kadar bayaran yang dikenakan dari perkhidmatan ini. |
Sedih pun ada melihat hasil 20 Tahun Pembangunan Bersama Isle di Dabong, Kelantan. Bukan Sarawak tau seperti yang digembar gemburkan Pakatan Rakyat kononnya Sarawak negeri termiskin. Baca kisah benar ni di sini.
Dan ini pula blog yang menulis rayuan kepada TGNA terhadap Kezaliman PAS sendiri yang menindas Rakyat di Dabong.
Wahai Tok Guru MB Kelantan yang tersayang, dengarlah rayuan kami ini...rakyat di kandek-biak dalam dun dabong, negeri Kelate, negara 1Malaysia amat amat perlukan sebutir jambatan...apakah kami perlu buat konsert kumpulan metallica atau kumpulan nirvana untuk kutip derma buat jembatan sendiri ini, seperti mana konset wali band untuk kutip derma rakyat palestin...
Aduan dan rayuan serta seurat cinta telah wokilku kirim kepada mu di alamat mu di suk yang tersergam nian indah di Kota Darul Naim, negeri expo Cheng Hosumber warta365
Cheng Ho TGNA sanjung, nampak jasanya. Namun, jasa rakyat yang memilih dan memangkahnya untuk membolehkan TGNA dan PAS berkuasa di Kelantan dibalas jangan. Siap nak buat konsert amal lagi...bukan main, Metalica. huh! memang rare!
Yang aku merahkan 1Malaysia tew bermaksud nak usulkan kepada kerajaan BN ke? Boleh. Bagi mandat kerajaan BN pegang tak payah lama sepenggal jer. Siap jambatan yang dikehendaki. Kalu bagi PAS, 20 tahun lagi pun naik sampanla orang Dabong.....Pilihla....
Post a Comment