TENANG : Anak Peneroka Felda 'BELOT' Yakin akan Membawa Kemenangan buat PAS


Tinjauan rambang di kalangan penyokong PAS di Labis dan khususnya kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang, mereka berpendapat calon PAS yang paling sesuai ialah Mazlan Aliman.
Mazlan merupakan AJK PAS Pusat, Ketua Penerangan PAS Johor dan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Mazlan cukup terkenal dikalangan ahli PAS Johor dan namanya sentiasa meniti di dada akhbar harakah , portal pembangkang dan juga blog-blog . Tidak mustahil kaki hasut peneroka ini akan diletakkan sebagai calon kerana sumbangan cukup besar kepada PAS bagi mempergaruhi golongan peneroka .

Seorang penyokong PAS  Kampung Redong berkata, "Mazlan paling sesuai kerana di Tenang ada juga kawasan Felda.

"Beliau (Mazlan) yang lebih tahu mengenai Felda. Kita nak tahu sebanyak banyak orang Felda menyokong Anak yang diusahakan oleh Mazlan itu," katanya.

Beliau menambah, ada  tiga buah kawasan tanah rancangan Felda di DUN Tenang iaitu Chemplak,Chemplak Barat dan Felda Tenang.

Rakannya, Zulkifli Sarmin pula memberitahu, Mazlan merupakan penggerak PAS Johor yang menonjol ketika ini terutama dengan isu penyelewengan Felda.

"Biarlah isu Felda terus didedahkan kepada pengundi Tenang, biar mereka tahu isu sebenar dalam tanah rancangan itu.

"Kalau pun kita tidak menang dalam pilihan raya ini, sekurangnya kita ada bekalan untuk pilihan raya umum akan datang.

"Sekurang-kurangnya kita tahu isu Felda ini. Kalau mereka sokong, maknanya isu ini boleh digunakan lagi dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Ditanya adakah pendedahan demi pendedahan mengenai penyelewengan Felda boleh mempengaruhi pengundi peneroka Tenang, Zulkifli berkata, "boleh jika kena caranya."

Katanya, di Tenang masyarakat penoraka hanya mendengar sahaja tetapi belum ada pihak yang mendedahkannya.

"Kalau Mazlan boleh dedahkan, saya percaya masyarakat peneroka Felda akan mengundi PAS apatah lagi kalau calonnya Mazlan sendiri," katanya.

Bagaimanapun, seorang pemimpin Umno Labis menjelaskan isu penyelewengan Felda tidak berkesan untuk digunakan di Tenang.

ini kerana, kataya, tiada sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakat Felda di Tenang.

"Kami tidak pernah mendengar peneroka Felda merungut tidak puas hati…jadi apa isu yang hendak dibawa Mazlan di sini (Tenang)," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Alias.

Post a Comment