LIVE frm Tenang : PAS Dah Lupakan Hasrat Tubuhkan Negara Islam!!







Sana sini aku pusing bagi mendengar sendiri apa maklumat yang akan dicanang PAS sekitar Tenang ini, takda satupun yang terungkap bahawa PAS akan wujudkan negara Islam terutama sekali bila bergerak bersama sekutu Liberalnya DAP.

Seblum ini, PAS sentiasa sahaja mahu dikaitkan dengan sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Atas sebab itulah, ia menjadi satu-satunya parti yang mempunyai Dewan Ulama. Latar belakang penubuhannya juga lebih banyak dikaitkan dengan cita-cita bagi mewujudkan sebuah organisasi politik Islam yang unggul.






Malahan dalam kalangan pemimpin utama Pas, mereka menguar-uarkan mengundi parti itu di dalam pilihan raya akan mendapat pahala kerana Pas mahu menegakkan Islam. Pas juga pada asalnya begitu memperjuangkan hasrat menubuhkan negara Islam. Keadaan itu menampakkan Pas akan muncul satu-satunya parti yang akan menegakkan hukum-hukum Allah.

Sebelum tahun 2008, di mana-mana sahaja berada, Pas akan melaung-laungkan perjuangan bagi menegakkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang syariah. Apabila ada pihak terutamanya daripada UMNO mempersoalkan ketelusan Pas untuk memperjuangkan Islam maka 'mengamuklah' pemimpin-pemimpin Pas.

Mereka tetap menganggap bahawa mereka memperjuangkan Islam tetapi apa yang anehnya dari semasa ke semasa, Pas dilihat begitu takut untuk bercakap soal penubuhan negara Islam. Pelbagai hujah dikeluarkan bagi menutupi perasaan bersalah mereka apabila dihujani pertanyaan apa sudah berlaku dengan perjuangan menegakkan negara Islam.

Misi berkenaan semakin kabur, apabila Pas bersahabat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Kesudahannya melalui kongres pakatan pembangkang, soal penubuhan negara Islam itu sudah tidak wujud lagi. Selain itu juga, demi menjaga hati PKR dan DAP, pemimpin-pemimpin Pas amat berhati-hati dalam bercakap soal Islam. Ia termasuklah dalam isu orang Islam bekerja di premis menjual arak.

P/S : Hairan ya..Kebelakangan ini DAP lebih jantan daripada PAS untuk menyuarakan matlamat perjuangan sebenar mereka. PAS hanya hangguk dan jadi pencacai cuci najis DAPig.

- Posted using BlogPress from my iPad

Post a Comment